• Mon. Jan 25th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Sehari di Finas

Byadmin

Jun 16, 2010

Finas, letaknya betul-betul bersebelahan Zoo Negara. Kat situlah semalam saya menghabiskan masa hampir sehari suntuk, menunggu VIP LZS bagi rakaman siaran Tijarah Ramadan. Nak balik awal tak boleh, kena pantau kot-kot VIP tersalah sebut fakta tentang asnaf.

Kat depan Finas, ada sungai mengalir agak tenang. Anak sungai itu berasal dari Empangan Klang Gates, melalui Zoo Negara dan akhirnya lalu juga depan Finas. Penat menunggu, saya merayau. Kat atas jambatan, saya lihat sungai itu masih tidak begitu tercemar dan airnya masih jernih. Apa yang mengujakan saya, ikan-ikan sebesar telapak tangan berkejar-kejaran di dalamnya…banyaknya ikan tilapia tetapi ada juga ikan patin. Kata budak muda yang tinggal dekat situ, jika hujan dan air naik, mereka menangguk ikan di tepi-tepinya sahaja!

15062010

  Bergambar bersama Opie Zami (Mat Rock Spanar Jaya) yang merupakan Pengarah kepada Shooting ini

15062010003

 Bersama Dr Sharifah Hayati (moderator) dan Dato’ Dr Hailani (VIP LZS)

Related Post

Leave a Reply