• Mon. Jan 25th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

3 Mei Hari Kebebasan Media…

Byadmin

May 2, 2010

3 Mei adalah hari kebebasan media. Selaku orang kuat Perhubungan Awam, maka saya adalah orang yang turut berkerja dalam bidang media. Sesebuah organisasi amat memerlukan kerjasama media dalam mempromosikan kebaikan organisasinya. Seorang pemimpin, khususnya pemimpin politik yang mahu naik dalam masyarakat juga, perlu disokong dan didokong oleh media. Bahkan, saya masih ingat kisah seorang artis Malaysia yang memperkecilkan peranan media, akhirnya dia tenggelam begitu sahaja. Begitulah media dan kesannya.

Saya cuba melihat pertautan di antara media dan Islam. Sebenarnya, Islam sudah mempunyai mekanisme medianya yang tersendiri. Sebagai contoh, laungan azan sebanyak lima kali setiap hari, itu adalah suatu media rasmi Islam. Mengajak seluruh umat manusia – sama ada yang sudah beriman mahu pun belum menerima hidayah – agar mengenali Islam. Jika yang sudah beriman, sahutlah seruan kejayaan dan bagi yang belum Islam, sahutlah seruan beriman!

Media adalah penting bagi Islam. Bahkan, setiap orang Islam hakikatnya adalah bahan media bagi agama Islam. Akhlak setiap muslim mencerminkan agamanya. Sebab itulah, akhlak menjadi senjata utama menyebarkan dakwah Islam. Sebagaimana kata Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya tidak diutuskan diriku ini melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia,” (Hadis riwayat al-Bazzar)

Begitu juga kata nabi: “Sesungguhnya orang-orang yang terpilih antara kamu ialah orang-orang yang mulia akhlaknya,” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bersambung…

Related Post

Leave a Reply