Anak kedua

Anak kedua kami Ihya’ Hakim namanya. Tarikh lahirnya unik…23 Nov 2000. Jika dijadikan angka pada kad pengenalan…001123!

Hari Raya Puasa 2008 di rumah Nyang Sam di Lenggong
Hari Raya Puasa 2008 di rumah Nyang Sam di Lenggong

Ihya’ Hakim ini sewaktu dalam kandungan uminya, selalu diberi makan telur beriodine. Kebetulan semasa itu, rakan sarjana isteri saya melakukan kajian kesan iodine ke atas orang asli. Boleh dikatakan setiap minggu berpapanlah kami dapat telur free…tapi beriodinelah!

Iodine adalah sejenis mikronutrien yang mampu mengurangkan masalah goiter di kalangan populasi orang asli. Di samping itu, ia juga mampu menambahkan fungsi IQ kepada mereka. Agaknya, itulah sebabnya anak kami yang kedua ini lain benar perangainya…paling pintar dan paling banyak akal!

Anak saya ini pun lahir di Kohilal Medical Centre. Ketika itu saya dan isteri sebenarnya dalam keadaan yang agak tidak stabil dari aspek ekonomi. Kesan krisis ekonomi pada tahun 1998 – 1999 masih terasa. Namun, rezeki di tangan Allah dan kita hanya perlu berusaha dan pasti diberikan-Nya.

Isteri saya memperolehi tajaan daripada National Science Fellowship (NSF) di bawah Ministry of Science, Technology and Environment (MOSTE) dengan amaun yang agak lumayan selepas itu, bagi menyiapkan Ijazah Kedoktorannya. Syukur alhamdulillah…

Kini, anak kami yang kedua ini bercita-cita untuk menjadi ustaz…semoga tercapai hendaknya, amin.

Leave a Reply