• Sat. Jan 16th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Apa itu WAHABI?

Byadmin

Nov 17, 2009

WAHABI menurut Ensaiklopedia Islam,air max 95 pas cher keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka ialah, gerakan yang bertujuan untuk memurnikan perilaku keagamaan umat Islam yang telah menyimpang daripada tuntutan agama yang sebenarnya. Nama gerakan ini dinisbahkan kepada Muhammad bin Abdul Wahhab, seorang yang merasa betapa jauhnya “bias”: kesesatan, bahkan kemusyrikan, pada perilaku keagamaan umat Islam saat itu (abad ke-18).

Istilah Wahabi ini sebenarnya diberikan oleh musuh-musuh aliran ini. Pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri menyebut diri mereka dengan nama al-Muslimun atau al-Muwahhidun, yang bererti pendukung ajaran yang memurnikan ketauhidan Allah s.w.t. Mereka juga menyebut diri mereka sebagai pengikut Mazhab Hanbali atau ahl as-salaf.

Untuk bacaan lanjut, sila buka halaman 156, Ensaiklopdedia Islam, Jilid 5, DBP, Kuala Lumpur, cetakan 2004.

Di samping itu, sebuah laman web, iaitu  http://muslim.or.id/ ada menyatakan begini:

Pokok landasan dakwah yang utama sekali beliau (Muhammad bin Abdul Wahhab) tegakkan adalah pemurnian ajaran tauhid dari berbagai campuran syirik dan bid’ah, terutama dalam mengkultuskan para wali,air max 95 pas cher dan kuburan mereka, hal ini akan nampak jelas bagi orang yang membaca kitab-kitab beliau, begitu pula surat-surat beliau (lihat kumpulan surat-surat pribadi beliau dalam kita Majmu’ Muallafaat Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, jilid 3). (Foto sebelah menunjukkan salah seorang mufti di Arab Saudi yang dianggap beraliran Wahabi)

Dalam sebuah surat beliau kepada penduduk Qashim, beliau paparkan aqidah beliau dengan jelas dan gamblang, ringkasannya sebagaimana berikut: “Saya bersaksi kepada Allah dan kepada para malaikat yang hadir di sampingku serta kepada anda semua:

  • Saya bersaksi bahwa saya berkeyakinan sesuai dengan keyakinan golongan yang selamat yaitu Ahlus Sunnah wal Jama’ah, dari beriman kepada Allah dan kepada para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, kepada hari berbangkit setelah mati, kepada takdir baik dan buruk.

Anda boleh membaca lanjutan daripada petikan di atas di sini.

Ini pula saya petik daripada portal rasmi Jakim:

Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.

Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.

Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.

Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat,air max 95 pas cher bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.

Bacaan lanjut sila ke sini.

Sementara itu, di sini saya jumpai perkara berikut di al-ahkam.net:

(Foto di sebelah kiri ini dipercayai wajah Muhammad bin Abdul Wahhab) WAHABI itu ialah “MANUSIA/ FAHAMAN YANG MEMILIKI BANYAK KRITERIA-KRITERIA BERIKUT (yang kurang daripada itu disebut CENDERUNG, yang kurang lagi disebut TIDAK DAPAT DIPASTIKAN dan setakat satu dua kriteria yang KURANG PENTING sebagai BUKAN WAHABI):

1. Biasanya (*bukan semestinya) ‘BIDAAH’ bagi mereka membawa hukum BERDOSA, tidak ada BIDAAH HASANAH (bidaah yang baik), dan ‘bidaah’ adalah SATU HUKUM selain daripada hukum-hukum sedia ada iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

2. Biasanya melabelkan BIDAAH (yang membawa hukum berdosa) ke atas sambutan Maulidrurasul, kenduri tahlil arwah, bacaan Yaasin pada malam Jumaat, berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat fardhu dan lain-lain.

3. Biasanya bersandar kepada tokoh-tokoh seperti Syeikh al-Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee’ dan lain-lain. Di negara ini biasanya mereka bersandar kepada Dr. Asri, Rasul Dahri, Maszlee Malik, Hafiz Firdaus,air max 95 pas cher Maulana Asri, Azwira dan lain-lain.

4. Biasanya di negara ini mereka gemar mengambil ilmu daripada laman-laman web seperti al-Ahkam.net (dah reda sikit dah), Darul Kautsar, Institut al-Qayyim, INTIS, al-Nidaa, al-Fikrah.net dan lain-lain.

5. Biasanya mereka menentang keras kaum sufi, dunia tasauf dan jemaah-jemaah tariqat.

6. Biasanya mereka sangat tidak suka melakukan ‘qunut’ ketika solat fardhu Subuh.

7. Biasanya mereka sangat tidak suka berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat jemaah.

Anda boleh membaca lanjutannya di sini.

Kesimpulannya, anda fikirlah sendiri…

Related Post

Leave a Reply