• Sun. Apr 11th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Belajar daripada Aa Gym

Byadmin

Mar 5, 2010

Aa Gym adalah satu nama besar di Indonesia. Jujurnya, saya amat mencemburui Indonesia, negara tetangga yang memang mempunyai pelbagai cerita. Kita tak perlu memperkenalkan, siapa Buya Hamka misalnya, Pak Natsir misalnya dan ramai lagi. Begitu juga, di sana ada tokoh seniman agama yang cocok dengan masyarakat, kita bisa berkenalan dengan Opick misalnya atau bersilaturahim dengan Kang Abik sang novelis Ayat-ayat Cinta.

Mungkin ada yang berkata, apa istimewanya mereka? Apa kurangnya kita? Malaysia juga tidak kurang dengan tokoh agama yang mahsyur dan juga seniman yang Islami penampilannya.

Apa-apa pun, saya mengagumi Indonesia justeru mereka memang dalam banyak hal jauh meninggalkan kita. Ambil sahaja dalam memproduksikan filem yang bernuansakan Islam, filem mereka mampu pergi lebih jauh. Memesrakan acuan agama dan dalam masa yang sama mendidik audiens tentang pekerti mulia ajaran Islam. Kita pasti sahaja akan gagal menemuinya jika mencari lewat filem-filem Malaysia, melainkan filem Syukur 21 sahajalah rasanya, sebuah filem yang benar-benar cuba menerapkan syariat dan syiar seiring untuk kita cicipi. Yang lain, Islamnya hanyalah tempelan semata-mata. Tajuknya kadang-kala menggerunkan…AKHIRAT misalnya, tapi isinya tempang, bahkan mampu mencetuskan kekeliruan!

Berbalik kepada sosok Aa Gym ini…marilah sama-sama kita tontoni video klip ini…mungkin mampu menggetus hati kita…HATI SAYA terutamanya…

Related Post

Leave a Reply