• Sun. Apr 11th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Bersantai di Nilai Springs Resort Hotel

Byadmin

Nov 14, 2009

Isteri saya perlu menghadiri dua hari Seminar Penyelidik Muda UKM. Well…as usual, kenalah saya dan anak-anak bersama-sama ke sini. Mujurlah kali ini diadakan di Nilai Springs, jika tidak mungkin ke Alson Klana lagi…ala, kadang-kala boring juga. Yalah, wife kat seminar and saya dengan anak-anak…takkan 12 jam nak berendam dalam kolam je kot.

Nilai Springs hotel and resort ni tempat baru. Kemudahannya boleh tahan. Kolam renangnya juga agak luas and suitable untuk anak-anak. Cuma masa nak masuk, saya kena ambil kupon di reception. Dah tu, sekali entry boleh dua pax je…sedangkan anak saya ada lima orang! Kata si receptionist…seorang anak kena bayar RM10!! Mujurlah kat entry…jaga tak strict sangat. Rasanya, this is the first hotel yang menghadkan guest yang boleh mandi…

Kali ini saya dan anak-anak bergaya dengan baju renang yang baru dibeli di Carefour. Sayangnya, hand phone saya habis bateri tak leh nak rakam photo mereka. Emah (adik saya) pula tak bawak camera dia turun. So, tak le saya dapat rakam betapa cantiknya mereka masing-masing mengenakan busana mandi yang pastinya menutup aurat…he…he…

Boring di bilik, dah la dapat 1st floor…pemandangan luar pun tak cantik sangat. Saya call operator tanya fasal internet, and it’s only available kat hotel lobby…so saya pun angkut note book my wife ni dan lepak je la kat lobi, sambil diirngi muzik instrumental dan saya hampir-hampir terkulai layu di sofa (hmm…gambo sebelah tu untuk Deluxe room, kitaorang dapat Superior je…katilnya saiz Queen dan ada dua katil.)

Hemmm…tengoklah, rasanya nak je mengarang apa-apa yang patut. Semalam dinner kat KFC Nilai Putra…malam ni pula tak taulah kat mana…tadi lucnh dengan Mamee Hot Cup jer!

 

Related Post

Leave a Reply