• Sun. Apr 11th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Bertemu sahabat seusrah

Byadmin

Oct 2, 2010

img_5227Pengalaman berusrah di UKM memang seronok. Naqib kumpulan kami kala itu Ust. Yusof Din, pelajar tahun 3 di Fakulti Pengajian Islam. Kini beliau bertugas di Inmind. Kala itulah, saya benar-benar merasai keseronokan ukhuwwah. Terjalin atas nama Allah dan semuanya dijalankan demi mencari reda Allah.

Anuar Ali (foto), mula menyapa saya semasa Minggu Suai Kenal di Kamsis C tahun 1993. Dahulu dikenali Kampung Siswa Ungku Omar dan C menunjukkan, ia adalah kamsis ke-3 dibina di kampus UKM, Bangi. Kini, kamsis sudah ditukar kepada kolej. Hilang satu identiti di UKM.

Beliau mengajak saya berusrah. Saya menyahutnya. Semasa sesi ta’aruf, baharulah saya tahu bahawa ahli kumpulan img_5283usrah saya pada masa itu, dihuni oleh mahasiswa daripada pelbagai fakulti. Anuar sendiri daripada Fakulti Pendidikan, Jaladi daripada Fakulti Sains Fizis dan Gunaan, Azmi daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fauzi, Fadil dan Hussaini daripada Fakulti Kejuruteraan, Reduan daripada Fakulti Pengajian Islam, Izzudin daripada Fakulti Sains Hayat, manakala saya dan Yusof daripada Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Ada beberapa orang lagi yang saya sudah tidak ingat. Kini, UKM sudah menyusun kembali nama-nama fakulti berkenaan.

img_5263Berada dalam usrah tersebut, membuatkan minda saya terbuka luas. Ibarat jendela yang dibuka dan mengadap ke laut lepas. Saya bukan sahaja berkenalan dengan teman pelbagai fakulti, tetapi juga pelbagai kamsis. Bahkan kami daripada latar belakang yang berbeza. Ada yang berasal daripada Pantai Timur, Utara Semenanjung bahkan Kuala Lumpur. Seronok bila bergaul. Saya merasai kemesraannya. Mungkin itulah faedah usrah. Ia melahirkan ukhuwwah. Kami menjadi manusia yang ramah.

Setelah menuntasi pengajian masing-masing, kami membawa haluan yang sudah disuratkan Allah. Anuar tercampak ke Sabah. Azmi di Seremban. Namun ramai juga yang mendiami sekitar Lembah Kelang. Lalu, hari raya kali ini kami dapat mengatur langkah bertemu semula.

Seronok bila bersua muka. Tak disangka, kami kini sudah menjadi orang dewasa. Anak sudah bersusun. Paling ketara, ada di antara kami sudah berisi betul badannya. Juga uban, makin memutih di kepala!

Related Post

Leave a Reply