• Sun. Apr 11th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

BEST SELLER! (Maaf, pinjam Bahasa Inggeris)

Byadmin

Nov 16, 2011

‘Inilah kulit buku saya yang baharu’

Alhamdulillah, tiada apa yang mampu saya ucapkan kala melihat kulit buku ‘Zakat Terapi Kekayaan’ yang baharu sahaja dicetak ulang untuk kali kedua. Tertera di kulitnya ‘Best Seller!’ Saya kaget…sebelum ini, saya hanya menelek kepada buku-buku milik penulis lain, misalnya Habiburrahman el-Shirazy dan A.Fuadi, yang tertera kalimah ‘Best Seller!’ di situ. Kini, kalimah yang sama tertera di kulit buku saya!

Awalnya, saya dimaklumkan oleh Puan Wan Rohana, editor di Grup Buku Karangkraf, sekitar bulan September 2011 dahulu, bahawa buku saya akan diulang cetak. Maknanya, dalam tempoh tidak sampai dua bulan buku saya sudah habis di dalam simpanan penerbit dan permintaannya terus datang. Maka, mereka perlu mencetaknya lagi. Namun, tak sangka pula saya ia adalah buku ‘Best Seller!’

Agaknya, inilah ‘nikmat menulis’ yang menyelubungi bagi seorang yang kerjanya selalu menulis seperti saya, iaitu tatkala bukunya laku, laris dan habis dan terus dicari orang…alhamdulillah ya Allah dan terima kasih pembaca sekalian atas sokongan yang antum berikan. Semoga ada manfaatnya buat kita bersama, dunia dan akhirat…insya-Allah.

Nota: Buku kedua saya yang mungkin berjudul ‘Zakat dan….’ sedang dalam tahap terakhir untuk disiapkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Insya-Allah kata editornya, penghujung bulan ini ia akan hadir ke haribaan para pembaca. Semoga, buku kedua saya ini juga mampu jadi ‘Best Seller!’, amin ya Rabbal a’lamin.

Related Post

Leave a Reply