• Mon. Jan 25th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Buku-buku ku…

Byadmin

Nov 6, 2009

Hmmm…pening kepala saya dengan pelbagai isu yang ntah apa-apa sekarang ni. Duduk kat institusi agama, bila jadi macam ni, orang akan tanya kita. Jawab kena hati-hati, biar salah di sisi manusia tapi benar di sisi Allah. Yang terbaru…orang non-muslim pulak tak boleh masuk ke dalam masjid…aduh…pening-pening…nampak gayanya, makin lama memang menambah pening!

Okay…kita lari topik sat. Semalam, saya ambik kesempatan menyusun kembali buku-buku berdasarkan pengarang dan areas…apa dalam bahasa Melayu ye…judul atau tema kot. Sebenarnya, beberapa bulan yang lalu saya membuat rak buku baharu. Bukan sayalah…tempah dan orang lainlah yang buat. Memang puas hati, saiznya kira-kira 10 kaki x 10 kaki…setinggi siling rumah tu. Tapi, sejak disusun buku kat rak buku baru tu, saya masih tak sempat menyusunnya mengikut kategori…main hentam je dulu pasai nak cepat.

Alhamdulillah juga…baru-baru ini saya berjaya membeli Tafsir Fi Zilal karangan Syed Qutb versi Bahasa Melayu. Nak tau, saya dah mengidam nak beli kitab ini sejak tahun 1999 lagi, tapi harganya mahal…dalam RM3,000 kot. Nak jadi ceritanya, Galeri Ilmu Sdn Bhd (tempat saya menulis dalam majalah Anis), memenangi enam set tafsir ini dalam Anugerah Media Islam Negara (AMIN) pada baru-baru ni juga, dan mereka bermurah hati menjualnya kepada saya separuh harga. Wah!!! Bestnya…

So semalam, jenuh la saya menyusun. Mula-mula wife tolong…lepas tu Si Kecil Hanim mula nangis…last-last tinggai seorang. Mulalah…buku dah berselerak-gabak…penat la pulak. Hmm…tak habis lagi nyusun tu…mujur le esok cuti, sempat la sambung nyusun lagi…

Related Post

Leave a Reply