GLOSARI ZAKAT – BARU!

GLOSARI ZAKAT INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN, HARAP MAKLUM.
(ADALAH DIIZINKAN PENGGUNAAN BAHAN DARI HALAMAN SESAWANG INI UNTUK TUJUAN YANG BAIK; NAMUN DITEGAH DENGAN TUJUAN KEUNTUNGAN DAN PERNIAGAAN)

‘Uruf – Adat kebiasaan setempat. Contoh: Adat pemakaian emas di Selangor adalah berbeza dengan adat pemakaian emas di Kelantan.
‘Usyur – Sejenis cukai yang dikenakan kepada para peniaga yang datang berniaga ke Negara Islam. Asalnya dikenakan kepada kapal dagang milik non-muslim yang singgah di pelabuhan Negara Islam. Kadarnya ialah 1/10. Asnaf – Golongan yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang layak menerima zakat, iaitu fakir, miskin, amil, mualaf, riqab, gharimin, fisabilillah dan ibn sabil.
Afdal – Lebih utama atau lebih elok dilakukan dengan berpandukan kehendak Islam yang sebenar. Contoh: Adalah lebih afdal menunaikan zakat menggunakan wang ringgit berbanding memberikan seekor kambing, kerana ia lebih memudahkan pihak yang menerimanya untuk dimanfaatkan menurut keperluannya.
Akidah – ‘Aqil – Berakal. Dalam Islam, hokum-hakamnya tertakluk kepada mereka yang berakal.
al-an’am – Haiwan ternakan yang disebutkan dalam nas naqli yang wajib dizakatkan, iaitu terdiri daripada unta, lembu, kerbau,kambing, biri-biri dan kibasy.
al-kafaf (الكَفاف)– Penghidupan
al-kifayah (الكفايه)- Cukup
al-milk at-tam – Milik sempurna, yakni salah satu syarat wajib dalam zakat.
al-mubarak – Keberkatan.
an-nama’ – Berkembang, yakni harta yang mampu berkembang dengan sendirinya. Misalnya kambing, yang akan beranak-pinak.
Badaniah (بَدنِيَه)- Jasmani atau fizikal. Dalam fiqh zakat, ia merujuk kepada zakat fitrah yang dikenakan ke atas setiap orang Islam mengikut bilangan kepala.
Baligh – Cukup umur, iaitu keluar air mani bagi lelaki dan perempuan atau dating haid bagi perempuan.
Batini – Bersifat batin.
capital appreciation – Perkembangan daripada pokok saham, misalnya dividen, bonus dan keuntungan daripada pelaburan.
Dharibah – Sejenis cukai atau bayaran wajib yang dikenakan oleh pemerintah Islam kepada rakyat sesebuah Negara yang beragama Islam, daripada kalangan orang-orang kaya demi menampung keperluan Negara yang amat memerlukan, misalnya ketika menghadapi serangan musuh. Dinar – Sejenis mata wang zaman dahulu yang berasaskan emas.
Dirham – Sejenis mata wang zaman dahulu yang berasaskan perak.
Fai’e – Harta rampasan yang dimenangi tanpa peperangan, misalnya tentera musuh menyerah kalah dan melarikan diri.
Fisabilillah – Jalan-jalan untuk meninggikan agama Allah, yakni Islam sama ada melalui medan peperangan, berdakwah, penyelidikan dan sebagainya lagi.
Ghanimah – Harta rampasan yang diperolehi setelah berperang ke atas tentera musuh Islam.
Gharim – Salah satu asnaf zakat, iaitu orang yang berhutang.
Haul – Tempoh setahun yang diperlukan bagi melayakkan sesuatu harta itu dizakatkan.
Faqih – Merujuk kepada orang yang alim dalam hal ehwal ilmu Islam, khususnya bidang fiqh dan usul fiqh.
Fatwa – Keputusan agama yang dikeluarkan oleh individu atau jawatankuasa yang berautoriti, yang bersabit sesuatu masalah dan apabila digazetkan oleh pihak kerajaan, ia mempunyai implikasi undang-undang. Contoh: Fatwa haram merokok membolehkan mereka yang menghisapnya didenda oleh mahkamah syariah.
Fuqaha – Merujuk kepada sekumpulan cendekiawan atau sarjana Islam yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang ilmu fiqh dan usul fiqh (perundangan Islam).
had al-kifayah – Had minima kecukupan yang diperlukan oleh seseorang demi kelangsungan hidupnya dalam sesuatu tempoh.
hak at-tasaruf – Merujuk kepada harta yang boleh digunakan oleh seseorang tanpa batasan.
harta batin – Harta-harta zakat yang hanya diketahui oleh tuan pemilik, misalnya emas dan perak.
harta zahir – Harta-harta zakat yang dapat diketahui dan ditaksir secara terbuka oleh amil zakat, misalnya binatang ternak dan hasil pertanian.
Hijrah – Merujuk kepada proses perpindahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya dari Kota Mekah ke Kota Madinah demi menyelamatkan akidah dan mengembangkan agama Islam.
Honorarium – Bayaran yang diterima oleh seseorang penulis atas hasil tulisannya.
Ibn Sabil – Satu daripada lapan asnaf zakat, iaitu orang yang keputusan wang belanja dalam musafirnya.
Ittifaq – Muafakat dalam kalangan ahli fiqh ke atas sesuatu keputusan. Contoh: Ittifaq dalam kalangan fuqaha bahawa
Jizyah – Sejenis cukai ke atas individu non-muslim yang mendiami Negara Islam. Kadarnya ditentukan oleh pihak pemerintah Islam.
Kabilah – Merujuk kepada puak atau keturunan tertentu, khususnya dalam masyarakat Arab yang amat menjaga kepentingan kabilah masing-masing. Kafilah – Merujuk kepada konvoi yang biasanya membawa barangan dagangan dari satu tempat ke tempat lain.
Khalifah – Merujuk kepada jawatan imam atau ketua dalam sesebuah Negara.
Kharaj – Sejenis cukai ke atas tanah yang dimiliki oleh penduduk non-muslim di dalam Negara Islam. Kadarnya ialah 10 peratus. Khumus – Merujuk kepada jumlah 1/5 atau 20 peratus harta rampasan perang daripada keseluruhan ghanimah yang boleh diambil oleh Rasulullah SAW. Khultah – Merujuk kepada harta zakat yang terpisa-pisah, ia perlu disatukan untuk dikeluarkan zakatnya.
Jahiliyah – Merujuk kepada penduduk Mekah sebelum kedatangan Islam.
Jumhur – Majoriti, selalunya merujuk kepada pandangan para ulama fiqh terhadap sesuatu hokum. Apabila ramai yang berkongsi pandangan yang sama, maka pandangan itu dianggap jumhur. Contoh: Jumhur ulama fiqh menyatakan, adalah harus mengeluarkan zakat fitrah bermula dari satu Ramadan lagi.
Khilaf – Merujuk kepada perbezaan pendapat atau pandangan dalam kalangan ulama fiqh terhadap sesuatu hokum. Contoh: Ulama fiqh khilaf dalam menentukan syarat wajib haul ke atas harta-harta zakat yang bersifat perolehan.
Kunuz – Harta zakat yang dijumpai tertanam di dalam bumi dan ia tidak mempunyai tanda-tanda dimiliki oleh orang Islam. Zakat wajib dikenakan ke atasnya sebanyak 20 peratus.
Luqatah – Harta yang hilang dan ditemui kembali oleh orang lain. Ia hendaklah diserahkan kembali kepada pemiliknya atau jika gagal, hendaklah diserahkan kepada pihak Baitul Mal.
Liquidate – Mencairkan pokok saham dalam sesuatu pelaburan.
Ma’adin – Merujuk kepada harta galian dalam bentuk asli dan perlu diproses terlebih dahulu, misalnya minyak petroleum, emas dan bijih timah. Misqal – Sejenis timbangan yang digunapakai dalam menimbang emas.
Muallaf – Kalangan mereka yang baharu memeluk Islam atau sudah tertarik kepada Islam. Mereka boleh diberikan zakat demi menarik mereka kepada Islam dan mengukuhkan keimanan mereka.
Mustahik – Lapan asnaf yang layak ke atas harta zakat. Muzakki – Orang yang mengeluarkan zakat.
Nisab – Jumlah minima umat Islam harta yang perlu dipunyai demi melayakkan zakat.
Nuqud – Merujuk kepada mata wang emas.
Rikaz – Yakni zakat galian, yang terdiri daripada harta kunuz dan ma’din.
Riqab – Suffah Uqiyah
makruf
masehi
mazmumah
muakkhar
mufti
mukallaf
mukattab
muqaddam
mustafad
mustaghallat
muttafaqun ‘alaih
qana’ah
qat’ie
royalti
saaimah
share
soleh
syariat
syeikh
ta’awun
takaful
tijarah
wasaq
zuhud

Leave a Reply