• Tue. Jan 19th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Forum Bicara Zakat

ByFameThemes

Apr 25, 2009

“Basikal…gambaran sebuah sistem yang lengkap” – Ustaz Mansur Sulaiman

Malam ini, saya bersama Ustaz Fauzi Mustafa (al-Kuliyyah, TV3) dan Ustaz Uda Kasim digandingkan di dalam Forum Bicara Zakat di Masjid al-Hasanah, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Saya menjadi moderator bagi forum ini yang bertajuk ‘Untung dunia, untung akhirat.’

Seperti biasa, forum zakat memang serasi jika digandingkan bersama Ustaz Uda. Beliau mempunyai suatu tarikan tersendiri, khususnya tatkala beliau membicarakan pengalamannya dalam melayari dunia zakat.

Namun, pada malam ini ingin saya tekankan bahawa, keindahan syariat Islam hanya akan terjelma apabila ia dilaksanakan secara komprehensif. Dalam konteks ini, zakat nampak keindahannya kerana di Selangor, ia cuba diaplikasikan sebagai satu sistem oleh LZS.

Teringat saya semasa berusrah dahulu, naqib saya Ustaz Mansur Sulaiman, graduan dari al-Azhar Mesir yang pada tahun 1997 sedang menekuni sarjananya sering menekankan, bahawa Islam adalah suatu sistem. Sebagai suatu sistem, Islam tidak dapat berfungsi dengan sempurna jika salah satu daripada ‘part’nya dihilangkan.

Ustaz Mansur memberikan kami contoh, katanya jika diibaratkan sebuah basikal, maka basikal hanya dikatakan ‘basikal’ jika semua komponen yang lengkap ada padanya. Maka, baharulah sebuah basikal mampu memberikan fungsinya yang sebenar. Baharulah kita dapat memanfaatkan sebuah basikal.

Cuba bayangkan sebuah basikal tanpa rantai, atau tanpa pedal pengayuh, atau tiada hendel atau buangkan pelananya…tinggal besi sebatang sahaja tercacak, bolehkah basikal itu dimanfaatkan?

Sebab itulah, Islam perlu dilaksanakan secara menyeluruh. Islam tidak wajar diambil hanya juzuk-juzuk tertentu. Misalnya, Islam hanya untuk urusan nikah dan kahwin; namun dalam urusan kemasyarakatan (mua’sarah) ia diabaikan. Islam hanya diterima dalam bab ibadah khusus, dalam bab jinayah diabaikan. Maka, kesempurnaannya akan hilang dan ‘cacat’lah sistem Islam.

Oleh itu, zakat di Selangor nampak cantik justeru usaha melaksanakannya sebagai sistem yang lengkap cuba dijelmakan. Bukan sekadar teori, tetapi meliputi aspek kutipan dan agihannya. Hasilnya, walaupun sedikit sahaja yang baru dapat dibuat; namun ia sudah menunjukkan keindahannya. Sebab apa, ya…kerana zakat cuba diaplikasikan sebagai sebuah sistem yang lengkap.

FameThemes

This user is created while installing demo content. You should delete or modify this user’s information now.

Related Post

Leave a Reply