• Sun. Apr 11th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Gempa bumi, Ribut, Tsunami…apa makna semua ini?

Byadmin

Sep 30, 2009

Semasa zaman kecik-kecik dulu, jarang sangat dengar berita-berita seperti ini. Memang le ada juga kejadian, misalnya letusan gunung berapi dan ribut taufan; tapi rasanya taklah sekerap sekarang dan tidak pula sedahsyat sekarang. Lagi satu jerebu…mana ada kita sibuk fasal jerebu masa dulu. Pagi-pagi masa pergi sekolah, jalan kaki wah…bukan main syiok muka sejuk disapu kabus pagi…nyaman sungguh masa tu. Ha…le ni, jika nampak berkabut semacam, ingatkan kabus…salah tu, rupa-rupanya jerebu. Jika pergi buat senaman apa-apa ke, tarik nafas dalam-dalam…ade ler yang kena athma lepaih itu meningge kat situ juge…bahkan seingat saya…perkataan jerebu ini pun saya tak peronah dengor zaman dulu…hingga le ke tahun-tahun penghujung 1990-an.

Saya teringat, semasa Nabi Muhammad SAW diisrakkan, baginda terlihat seorang wanita yang sangat tua. Apabila nabi bertanya, maka Jibril a.s menyatakan, itulah dia umur dunia. Maka, tahulah nabi bahawa umur dunia ini sesungguhnya pada zaman nabi pun sudah tua sangat. Bayangkanlah pula usia dunia pada hari ini. Jika diibaratkan seperti bangunan, mungkin menunggu masa sahaja untuk ranap menyembah bumi!

Bahkan di dalam hadis-hadis akhir zaman pun, banyak diperihalkan peristiwa-peristiwa yang bakal berlaku. Nabi Muhammad SAW sudah memperihalkannya lama sebelum baginda wafat lagi dan ia benar-benar terjadi di hadapan mata kita, maka confirmlah bahawa Islam agama tulen yang wajib dianuti dan sekaligus menunjukkan usia bumi memang sudah di penghujungnya dan kita akan berhadapan dengan kiamat tidak lama lagi…ya, mungkin 5o tahun, mungkin 60 tahun akan datang!

Dalam sebuah hadis sahih riwayat Muslim, Nabi SAW menyatakan tak akan berlaku kiamat sehinggalah berlaku beberapa perkara, di antaranya dunia dipenuhi asap dan berlakunya gempa bumi di beberapa bahagian dunia. Kita tidak tahu, adakah asap yang disebutkan itu boleh jadi jerebu yang sering melanda dunia hari ini dan gempa-gempa yang berlaku itu juga adalah sebahagian daripadanya…dan Nabi SAW menjelaskan juga, antara tempat berlaku gempa itu ialah di Timur, Barat dan di Semenanjung Arab.

Bahkan antara tanda-tanda akhir zama juga ialah, apabila umat Islam diperintah oleh mereka yang terburuk akhlaknya di kalangan mereka, berlakunya banyak peperangan dan pembunuhan, bertambah ramainya orang-orang bodoh, golongan yang bijak dipinggirkan, zina menjadi kebiasaan dan banyak lagi lah jika nak disenaraikan. Che kome perhatikan hadis berikut:

1. Dari Anas r.a katanya:”Akan kusampaikan kepadamu sebuah hadith yang tidak akan disampaikan orang kepadamu sepeninggalanku. Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Di antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan, berlakunya (merebaknya) perzinaan dan banyaknya perempuan serta sedikitnya lelaki sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya.” (Riwayat Bukhari)

2. “Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan.  Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka, mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memberinya kepercayaan, mereka akan mengkhianatinya. Anak kecil mereka jahil, pemuda mereka licik. Sementara yang tua tidak memnyuruh berbuat baik dan melarang yang yang mungkar. Mereka itu sentiasa membangga diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan. Orang yang santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbauatan ma’ruf malah menjadi tertuduh. Orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasiq menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka adalah bida’ah, sedangkan bida’ah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itu mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan,” (Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)

Wallahua’lam.

Related Post

Leave a Reply