• Wed. Jan 20th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Gong Xi Fa Chai

Byadmin

Feb 10, 2010

Sudah lama tidak pulang,
Hati rindu bukan kepalang;
Wajah mak abah atuk nenek sudah terbayang,
Siang-malam terkenang-kenang.

Main mercun dan tanglung besar,
Tradisi orang cina berhari raya;
Jika mereka ada makan besar,
Kita pula ada makan bersama.

Kereta baru lagi berkilat,
Dari jauh nampak memancar-mancar;
Tak kira jauh ataupun dekat,
Apabila memandu hendaklah sabar.

Apek dan nyonya gembira sakan,
Gong xi fa cai disambut meriah;
Berhati-hati di perjalanan,
Selamat sampai diizin Allah.

Kepada semua pembaca blog ini, selamat bercuti dan pulang ke desa halaman. Pastinya kita sudah tidak sabar menanti hari. Saya sudah terbayangkan bersarapan pagi dengan abah mertua di Pekan Karai dengan roti canai Jali, terbayangkan berpagian ke pasar dengan emak di Pekan Lenggong yang beraroma kampung, terbayangkan juga enaknya sungai yang sejuk mengalir deras dekat rumah emak, wajah opah yang syahdu dan segalanya…

Related Post

Leave a Reply