• Sun. Apr 11th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Hayatilah Rukun Negara

Byadmin

Oct 27, 2011

Saya geram, hati meradang dan fikiran bengang. Puncanya? Kerana rakyat Malaysia, sudah ramai yang tidak lagi mahu menghayati Rukun Negara. Sudah ramai yang terang-terangan mencabulinya. Rukun Negara ibarat ‘sampah berharga.’ Dibuang kemudian dikutip untuk dijual. Ia hanyalah tempelan. Tidak mendatangkan manfaat. Tidak lagi memberikan apa-apa kesan kepada rakyat Malaysia.

Mari kita teliti Rukun Negara kita, iaitu:

1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Ketaatan Kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan

Saya tidak mahu menyentuh kesemua Rukun Negara kita. Saya hanya mahu menyinggung yang kelima, yang paling akhir, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Apakah maksud Kesopanan dan Kesusilaan? Jika merujuk kepada kefahaman biasa, ia membawa maksud sesuatu perlakuan yang menjaga adat, yang penuh kesantunan dan tidak menyakitkan hati orang lain. Ia juga membawa makna, saling menjaga disiplin, beretika dan mematuhi peraturan dan undang-undang. Saya yakin, inilah pandangan umum kepada Kesopanan dan Kesusilaan ini.

Jika kita rajin mencari makna dalam kamus dan tesaurus, maka Kesopanan membawa makna seperti berikut:

sopan (adjektif)
Bersinonim dengan baik budi bahasaberadatberadabsopan santunberbahasabaik kelakuan,baik akhlakelok perangaibaik hatitahu adattertibberajar,simbai;,
Kata Terbitan : bersopan,menyopankankesopanan,

Manakala kesusilaan pula:

a) adat istiadat yg baik, keadaban, kesopanan: pergaulan aku dgn kau pd ~ bangsaku tidak menjadi ke­salahan; b) pengetahuan bkn adab: pen­didikan kemasyarakatan dan pendidikan kesusilaan amat erat hubungannya;

Susila juga membawa makna:

1. baik budi bahasanya, beradab, sopan, tertib; 2. = kesusilaan a) adat istiadat yg baik, keadaban, kesopanan: pergaulan aku dgn kau pd ~ bangsaku tidak menjadi ke­salahan; b) pengetahuan bkn adab: pen­didikan kemasyarakatan dan pendidikan kesusilaan amat erat hubungannya; bersusila bersopan santun, beradab, ber­akhlak.

(Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4, atau jengah di Laman Sesawang http://prpm.dbp.gov.my/ dan ketik Kesopanan dan Kesusilaan).

Masalahnya apa? Ya, kerana hari ini rakyat Malaysia sudah lagi hilang sopan dan susilanya. Apa yang paling mencolok mata ialah, cara berpakaian rakyat Malaysia, khususnya dalam kalangan wanita di bandar dan pekan. Maaf cakap, khususnya anak gadis dalam kalangan kaum Cina dan kini kian menular dalam kalangan anak gadis Melayu, amat menyimpang dari Kesopanan dan Kesusilaan ini.

Adakah dengan berseluar pendek hingga nampak paha, mengenakan baju ketat dan sendat, mengenakan baju jarang dan mengenakan blaus nipis serta sebagainya lagi, semua ini boleh dianggap sopan dan bersusila?

Akal waras akan menolaknya. Soalannya, kenapakah ia semakin menjadi-jadi? Bahkan seakan menjadi trend, kaum wanita Cina misalnya, amat selesa mengenakan seluar pendek dan berbaju sendat. Kenapa tidak ditegur oleh pihak berkuasa? Kenapa semua ini dibiarkan berleluasa? Kenapa dan kenapa?

Inilah yang membengangkan saya. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negaranya, kita tidak mahu Malaysia jadi cacamarba dan celaru dalam aspek budaya. Buku tulis lain, buatnya lain.

Apatah lagi sebagai umat Islam, yang baru belajar menghafal al-Quran, apabila terpandang segala macam ini…alamat TUMPO le jawabnya! Bahkan, tidak mustahil berleluasanya segala penyakit sosial dalam masyarakat juga, turut disumbangkan oleh gaya berpakaian seperti ini.

Maka, wahai para penguasa, ayuhlah…berilah teguran kepada seluruh rakyat Malaysia. Tidak kira Melayu, Cina dan India, amalkanlah Kesopanan dan Kesusilaan ini. Tiada maknanya anak-anak sekolah dipaksa menghafal Rukun Negara, jika ia tidak diamalkan. Lebih baik hafal lagu Isabella… Wallahua’lam.

Related Post

Leave a Reply