• Sat. Dec 5th, 2020

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Kini: www.hamizul.com

Byadmin

May 10, 2009

u-hah2

‘Blog pertama saya…’

Selamat datang ke halaman khusus milik peribadi saya. Sejak saya ‘memblog’ mulai tahun 2006, kini baharulah saya memiliki domain saya sendiri. Mengimbas kembali, mula-mula berjinak dengan dunia blog, saya tak reti serba-serbi. Saya mulai tertarik untuk memiliki blog sendiri, setelah dirangsang dan digalakkan  oleh abang ipar saya, Sdr Jiwa Rasa (http://jiwarasa.blogspot.com/).

Abang ipar saya menggunakan blog untuk mencatat buku-buku yang dibacanya. Menarik, kerana apa yang dicatat boleh pula dikongsi oleh ramai orang. Akhirnya, abang ipar saya mempunyai komuniti bloggernya yang tersendiri. Mereka saling berinteraksi, bertukar pandangan dan berkongsi cerita.

Saya pun mula belajar membuat blog. Blog saya beralamat http://U-HAH.blogspot.com/ secara rasminya dilancarkan sekitar Jun 2006. Saya tak reti sangat nak buat posting. Saya tulis sahaja apa yang saya rasa nak tulis. Bila ada orang singgah dan beri komen, baru saya rasa betapa seronoknya ada blog sendiri.

Saya menjadikan blog saya sebagai medan meluahkan apa-apa sahaja yang terbuku di minda. Apabila saya rasa gembira, saya luahkan dalam blog. Apabila saya marah, pun saya akan luahkan dalam blog. Minat membaca juga jadi tambah bermakna dengan blog. Saya akan ulas dan berikan komen mengenai buku-buku yang saya baca.

famili981

‘Blog famili98…blog kedua saya…’

Kemudian, saya berpindah ke tapak baharu, iaitu wordpress. Saya memiliki dua blog berasingan, iaitu http://famili98.wordpress.com/ dan http://hamizul.wordpress.com/. Blog famili saya fokuskan kepada aktiviti famili saya, sejak saya mendirikan rumah tangga sehinggalah kini. Manakala, blog hamizul pula lebih menjurus kepada blog ilmu di samping buku dan pandangan.

Saya jadi susahlah pula, untuk menguruskan dua blog berasingan. Akhirnya, saya meminta kawan baik saya Sdr Afif untuk memberikan idea mengenai pengurusan blog yang lebih efektif, juga bagaimana saya mampu ‘mengejas’ blog mengikut citarasa yang saya ingini. Beliau mencadangkan saya memiliki hosting sendiri dan juga menggunakan domain sendiri.

Maka, pada 10 Mei 2009, lahirlah sebuah laman sesawang milik saya sendiri…

Leave a Reply