Huda anak umi

Anak ketiga kami disahkan perempuan oleh doktor di Kohilal Medical Centre (KMC). Alhamdulillah…kami sudah punya dua anak lelaki.yeezy scarpe Maknanya, kehadiran anak ketiga dan perempuan pula…memang melegakan kami sekeluarga.

Semasa dalam kandungan, Dr Lo’Lo’ memberitahu yang anak kami ini nanti akan tinggi. “Cuba lihat di skrin ni…betis dia panjang, tinggi budak ni nanti.” Saya masih ingat kata-kata itu.

Huda...ada harapan jadi doktor ni, amin
Huda…ada harapan jadi doktor ni, amin

Setelah dilahirkan, saya merasa amat berbeza sekali dengan kelahiran dua abangnya sebelum ini. Apabila mendukungnya buat pertama kali,yeezy scarpe untuk diazan dan diiqamatkan…alahai…ringannya bayi ni. Kami menamakan anaka ketiga kami Huda Imanina…sesuai dengan janji kami jika anak perempuan, mulakan dengan huruf ‘H’ dan diikuti huruf ‘I’. Huda Imanina bermaksud ‘Pertunjuk Keimanan Kami’.

Huda tidak sukar menjaganya. Jika dibandingkan dengan Abang Yang…jauh bezanya. Semakin Huda membesar, semakin ketara dia mewarisi sifat-sifat umi…kewanitaan sejati. Suka sangat bermain dengan baby doll, berangan-angan menjadi princess dan main masak-masak.

Kini Huda sudah enam tahun. Jenuh kami memikirkan untuk memberikan sesuatu kepadanya agar lebih besar dan tinggi…saya teringat kata doktor lima tahun lalu… “tinggi budak ni…”, tapi anak saya ini tidak tinggi dan kurus pula tu.yeezy scarpe Sebiji macam uminya…apa nak buat, janji dia sihat.

Catatan: Huda disahkan dalam kandungan Umi dan selepas itu saya dipanggil melapor diri di Pusat Zakat Selangor (kini Lembaga). Bagi saya, setiap anak yang lahir pasti ada rezekinya sendiri. Saya merasakan, rezeki saya di LZS datangnya bersama Huda…alhamdulillah.

http://www.sneaker2018.it/

Leave a Reply