• Sat. Jan 16th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Impian tercapai, Canon DSLR kini milikku!

Byadmin

May 1, 2010

Sejak berkeluarga, kami pernah memiliki dua kamera. Satu manual; satu digital. Kamera manual berjenama Canon  itu (jika tak salah le…),  saya beli kira-kira tahun 2000, banyak jasanya. Kemudian, tahun 2004 saya beli kamera digital baharu. Saya beli sebagai hadiah kepada isteri saya yang kala itu baharu sahaja menyudahkan penulisan tesis PhD-nya. Harganya agak mahal, maklumlah benda baru keluar. Tak silap jenamanya Olympus. Bergayalah kami dengan kamera baharu itu, walaupun abah mertua saya selalu merungut: “Ambik gambornya banyak, mana gambornya?” Ini kerana, kami tak pernah mencuci (istilah lama guna kamera berfilem…he…he…); tapi untuk versi digital, kami tak pernah mencetaknya. Ambil gambar dan simpan dalam komputer sahajalah!

Namun, kira-kira tiga atau empat tahun lepas, kamera digital kami rosak. Bukan rosak teruk, masih berfungsi dengan baik, cuma tempat baterinya sudah longgar. Biasalah, hero-hero saya memang suka ambik gambar, penyudahnya klip di penutup bateri patah dan bila masukkan bateri, kena tekan sikit sambil ambil gambar. Lecehlah…lama-lama kami lupakan kamera itu. Bila nak ambil gambar, kamera hand phonelah yang menjadi galang gantinya. Tahun 2007, pertama kali dalam hidup saya beli hand phone jenama Sony Ericson dengan build in camera cyber shoot…mmm…4 mega pixel kot. Gambarnya cantik sangat jika nak dibandingkan dengan kamera hand phone yang lain. Cukuplah…dengan kamera itulah saya ambil gambar termasuklah semasa melawat ke mana-mana lokasi menarik dalam dan luar negara.

Namun, saya tidak betah dan cepat mengalah dengan hand phone Sony Ericson. Saya serahkan hand phone itu img_0066kepada isteri dan saya kembali ke jenama lama Nokia E61, kameranya hanya 2 mega pixel. Tidak secantik kualiti gambar pada hand phone lama Sony Ericson yang kala itu sudah menjadi milik isteri. Memang tidak puas hati…tapi, lantaklah!

(Foto terbaharu dengan kamera terbaharu…puas hati teman yeob…!)

Apabila kerap juga kami melancong, ke Jakarta, Bandung, Bogor, Sabah, Sarawak dan sebagainya…rasa rugilah pula kerana tidak mempunyai kamera yang mampu merakamkan kenangan-kenangan indah itu. Sementelah adik ipar saya si Ammar dan abang ipar Jiwa Rasa, memasing sudah miliki kamera digital canggih. Bukanlah dengki; tetapi jaki je…(jealous la sikit). Saya mengambil keputusan untuk membeli kamera baharu, isteri setuju; tetapi my wife mencadangkan beli sahaja yang kompak. Saya pula yang kurang setuju…

Akhirnya, setelah membuat sedikit ‘survey’ dan bertanyakan pendapat pakar (kawan-kawan yang memang arif tentang kamera dan memang cameraman), mereka mencadangkan alang-alang berhabis duit…maka belilah kamera DSLR. Ini kerana, ia lebih long lasting daripada aspek teknologi berbanding kamera kompak. Nanti jika nak up-grade, hanya tukar lensa sahaja. Saya manalah reti…ikut saja asal harganya tidak menjerut leher sendiri dan puas memakainya!

Nah! Kini saya senyum puas dengan Canon EOS Rebel XS 1000D saya, gambarnya cantik dan paling utama…harganya tidaklah mengganggu tidur dan menyerap masuk ke dalam mimpi-mimpi saya!

Related Post

Leave a Reply