• Sun. Apr 11th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Institusi zakat tidak berpihak

Byadmin

Apr 20, 2010

Sebagai Ketua Unit Perhubungan Awam di LZS, saya diminta memberikan jawapan segera kepada laporan akhbar Berita Harian, iaitu ‘Tak tunduk ugutan – Pakatan pembangkang ancam henti bantuan zakat penduduk miskin jika pasang bendera BN’ yang tersiar di akhbar Berita Harian pada 20 April 2010.

Aduh…pilihan raya memang menjenuhkan. Orang lain bertarung, kita pun tersarung. Orang lain berpencak silat, kita pun kena lipat. Hakikatnya, LZS adalah entiti di bawah Majlis Agama Islam Selangor yang bernaung terus ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Oleh itu, LZS adalah suatu badan yang tidak berpihak dalam politik kepartian di negeri Selangor.

Sehubungan dengan itu, LZS langsung tiada kena mengena atau mempunyai apa-apa kaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berhubung bantuan zakat akan diberhentikan jika menyokong sesuatu pihak dalam PRK Hulu Selangor.

Bahkan saya menulis bahawa, setiap bantuan yang diberikan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelulusan LZS dan tidak akan diberhentikan kepada mana-mana asnaf, sehinggalah asnaf itu sendiri terkeluar daripada syarat-syarat kelayakan bantuan zakat tersebut.

Mudah-mudahan institusi zakat tidak dikaitkan dengan isu-isu politik sesuai dengan status berkecuali yang diamalkan oleh LZS selama ini. Wallahua’lam.

Related Post

Leave a Reply