• Sun. Apr 11th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Islam is Unity

Byadmin

Mar 28, 2011

Firqah yang banyak dalam kalangan umat Islam, sebenarnya tidak banyak menguntungkan kita. Dari satu segi, kita patut melihat betapa Yahudi Laknatullah, yang memeragi umat Islam tanpa henti khususnya di Palestin dan Semenanjung Gaza, mereka adalah umat yang bersatu. Yahudi bahkan mempunyai proksi di mana-mana, guna mempromosikan idea dan pengaruh mereka. Tidak seperti kita umat Islam, berpecah dalam pelbagai kelompok – sama ada atas nama mazhab, anutan apolitik, ketaksuban negara-bangsa dan sebagainya – sehingga akhirnya melemahkan kita sebagai satu ummah.

Mutakhir ini, umat Islam di sebelah Timur Tengah seperti Mesir, Libya dan Bahrain bangun menuntut perubahan total dalam bernegara. Mereka bangun menuntut hak. Sebagai warganegara, mereka berhak menuntut sesuatu yang baik bagi mereka. Ketidak-seimbangan dalam perkongsian kekayaan negara, diskriminasi terancang dalam pelbagai sudut, salah guna kuasa yang merjalela, rasuah dan pelbagai korupsi serta pelbagai kejahatan lain, perlu dihentikan. Mereka menuntut perubahan demi kesejahteraan. Untuk itu, mereka disantuni dengan senjata dan peluru, dikhianati oleh pemerintah mereka sendiri. Mereka dianggap radikal dan pengganas, walau di tangan mereka hanya ada lilin, bendera dan pembesar suara. Itulah senjata pengganas yang menghalalkan darah dan nyawa mereka.

Isunya apa? Bagi saya, ia menjulang isu keadilan yang menjadi pokok dalam Islam. Islam adalah keadilan. Tidak kira Tentera menyerang hospital di Bahrainsiapa pemerintah, tidak kira siapa yang diperintah, keadilan mesti ditegakkan. Islam tidak bersifat terpilih dalam menegakkan keadilannya. Jika tidak, masakan Nabi Muhammad SAW pernah mengatakan: “Andai anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan kupotong tangannya!” (mafhum hadis sahih riwayat Bukhari) [1]

Dunia Islam kini kelam. Hampir semuanya berbusa dalam ideologi campuran manusia + Tuhan. Demokrasi terpimpin atau Islam moderate dan sebutlah apa sahaja. Kenapa tidak Islam sepenuhnya? Kenapa mesti takut kembali kepada Allah SWT – Raja segala raja. Sedangkan inilah yang kita ikrarkan lewat solat di setiap waktu tiba: “Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. (Raja atau penguasa) Yang menguasai hari pembalasan.” (al-Fatihah: 1 & 3)

Jiwa sebagai muslim yang disebutkan nabi sebagai satu ikatan persaudaraan, tidak sepatutnya tega melihat saudara seagama dan seakidah dibelasah sebegitu rupa. Kanak-kanak yang tidak ada dosa, dipalit darah ke wajah mereka. Ibu-ibu yang tangan mereka mendodoi buaian, diremuk-redamkan jiwa mereka dengan kematian suami dan anak-anak. Ayah dan abang, dikejar bak binatang. Yang mengejarnya itu Islam, yang menendang itu Islam, yang menggelek mereka itu Islam dan yang membunuh mereka itu Islam!

Kembalilah kepada al-Quran dan sunnah. Inilah pedoman kita. Tidak kira siapa kita, tiada pilihan kedua kecuali dua perkara ini. Jika tidak, Allah SWT akan memberikan balasan. Yang dijamin, saat balasan itu tiba, tiada seorang pun hatta jeneral terbesar angkatan tentera atau raja terhebat di maya pada  yang mampu menghentikannya. Maka, sebelum saat itu, kembalilah kepada-Nya. Sebelum waktu terhenti, doa diangkat melepasi hijab dan para malaikat berduyun-duyun turun ke bumi mengangkat senjata memerangi mereka yang membunuh para saudaranya!

[1] Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1809.

Daripada ‘Aisyah r.a. bahawa kaum Quraisy amat memusingkan mereka hal seseorang perempuan suku Makhzum yang melakukan pencurian. Mereka mengatakan: “Siapakah yang boleh berbicara dengan Rasulullah saw. (mengemukakan permintaan supaya perempuan itu dibebaskan)? Tiada yang berani untuk membicarakan hal itu hanyalah Usamah kesayangan Rasulullah saw,” Lalu Usamah berbicara dengan Rasulullah saw. dan beliau menjawab: “Adakah engkau hendak menolong supaya orang bebas dari hukuman Allah?” Kemudian itu Nabi berdiri dan berkhutbah, sabda beliau: “Hai orang banyak! Orang-orang yang sebelum kamu menjadi sesat jalan disebabkan apabila seorang bangsawan mencuri, mereka biarkan saja (tidak dihukum). Tetapi kalau seorang yang lemah (rakyat biasa) mencuri, mereka lakukan hukuman kepadanya. Demi Allah! Kalau seandainya Fatimah anak Muhammad mencuri, nescaya Muhammad akan memotong tangan anaknya itu. “

Related Post

Leave a Reply