• Mon. Jan 25th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Jalan-jalan ke Kuching Pt 6

Byadmin

Mar 19, 2010

Semalam, kami sepatutnya ke Taman Negara Bako. Jetinya terletak di muara Sungai Kuching dan kira-kira 37 KM dari bandar Kuching. Awas…ada buaya pemakan mamalia di sini! He…he…

Tetapi, dek beberapa kekangan kami surutkan hajat hati itu. Pertamanya, untuk ke Taman Negara Bako sepatutnya kami harus keluar awal pagi. Mengikut informasi daripada ‘penunjuk arah’ yang kami temui di sana, jika keluar awal pagi maka baharulah berbaloi. Ini kerana, untuk ke sana kos bagi tambang bot sahaja sudah RM40 sebuah bagi perjalanan sehala dan sebuah bot hanya mampu memuatkan lima orang. Kami pula ada 13 orang campur kanak-kanak, maknanya kena guna dua buat bot. Pergi balik kos tambah sahaja sudah RM160.

Di samping itu, tiket untuk masuk ke Taman Negara Bako pula RM10 setiap seorang dan jika kita pergi berkumpulan mungkin mendapat diskaun. Tetapi, kekangan keduanya, Taman Negara Bako itu luas dan jika sekadar pergi sahaja dan kemudian balik, pastilah tidak memberikan apa-apa faedah. Kami sepatutnya menghabiskan masa paling tidak sehingga petang jika pun tidak bermalam di sana.

Ketiganya, untuk ke sana kenalah berpakaian yang sewajarnya. Pertama perjalanan akan menyusur pantai dengan menaiki bot, takkanlah nak pakai kain atau jubah. Mak mertua dan abah mertua saya pula berjubah, tak kenalah. Kemudian, kena berkasut kerana selipar atau sandal tidak sesuai. Saya sendiri pun bersandal sahaja.

Akhirnya kami memutuskan untuk datang lain kali sahajalah. Mungkin tahun depan ke…

Baiklah, apa yang menariknya di Taman Negara Bako ini? Ia adalah sebuah pulau sebenarnya. Di sini, terdapat spesies monyet yang tidak terdapat di mana-mana tempat lain di dunia ini, iaitu Proboscis Monkey. Keunikan monyet ini terletal pada batang hidungnya. Pulau ini juga kaya dengan keunikan alam semulajadinya yang lain, misalnya bentuk batu-batan, teluk dan pantai. Sukar nak bayangkan, melainkan anda memiliki sendiri sebuah buku bertajuk ‘A guide to Bako National Park’ kerana di dalam buku itu, akan diterangkan segalanya siap dengan gambar lagi.

Ketiganya, hari juga hujan kala itu. Bimbang juga saya, maka kami tangguhkan niat itu. Keempat, saya turut membawa anak-anak yang kecil, maka eloklah ditunggu hingga mereka besar sedikit dan nanti bolehlah kami ke sana dengan lebih selesa lagi, insya-Allah.

Sewaktu pulang, Abang Yasser mencadangkan kami melawat UNIMAS yang terletak dalam daerah Samarahan. Kami juga mengunjungi kampung asal Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

Sebelah petangnya kami keluar lagi ke Kuching Water Front. Anda tahu, di sini terdapat sebuah masjid di celahan rumah-rumah kedai, iaitu Masjid Bandar Kuching. Kali pertama, isteri saya yang melihatnya terlebih dahulu dan saya jadi kagum mengenangkan, siapakah manusia yang telah sudi mewakafkan salah sebuah rumah kedai di situ menjadi masjid. Mungkin juga, dahulu masjid itu dijadikan tempat bagi umat Islam yang berniaga di sekitarnya menunaikan solat. Apatah lagi dahulu berdekatan masjid itu juga ada sebuah pasar yang kini sudah pun dipindahkan ke Jalan Tabuan.

Isteri saya juga mengambil kesempatan sebelum balik untuk membeli apa-apa yang masih dirasakan perlu. Maklumlah, bukannya senang nak datang ke Sarawak. Jadi, dah alang-alang datang tu…berbelanjalah lebih sikit…

Menjelang Maghrib kami solat jamal Maghrib dan Isyak di Masjid Bandaraya. Masjidnya cantik, sayangnya kawasan parking pula terhad. Selepas itu kami makan malam di Top Spot Restaurant, iaitu lokasi seafood yang terbaik kata biras saya, Kak Nen di Kuching ini. Malam ini, wife saya belanja semua…

Related Post

Leave a Reply