Kemeriahan aidilfitri atau lughah Arabnya…Idul fitr, akan berkesinambungan di bandar dengan majlis rumah terbuka. Sana sini jemputan datang, nak-ak pulak bila hari Sabtu dan Ahad…jangan tak tau…jem jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur ni dibuatnye! Hai…begitulah meriah orang bandor berhari raye…tak cukup seminggu di kampung, deme sambung lagi hingga sebulan di kota.
Apa-apa pun, teman rase ada positifnya rumah terbuka ini. Iyelah, kadang-kadang masa itulah kita dapat bertemu dengan kawan-kawan yang mungkin udah bertahun lamanya terpisah. Maklumlah, habis ngaji…semuanya bertaburan membawa haluan masing-masing. Ada yang ke timur, barat dan ada yang udah membawa diri dan keluarga ke luar negara. Sedor-sedor, masing-masing dah ada anak empat lima orang, udah berderet…ha…entah-entah sudah ada yang ‘pasang dua’ …he…he…
Apakah pandangan Islam dalam hal kita menganjurkan majlis rumah terbuka ini? Sebenornye, kita yang menamakannya rumah terbuka, dalam Islam ia adalah majlis kendurilah, iaitu menjamu orang makan. Maka, mudahnya ia adalah sedekah dan bila sedekah, maka jadilah amalan sunnah dan bila dah sunnah, confirm dapat pahala. Dengan syarat, jeng-jeng…
1. Jangan membazir dan berlebih-lebihan. Ada orang menyediakan menu sampai berpuluh jenis, satay, lemang, mee rebus, mee rojak, mee goreng, rojak buah, nasi impit, kuetiaw, nasi goreng, nasi minyak , nasi lemak…bukan tak boleh, tapi bimbang nanti lepas tu mulalah menggago tabung anak pulak…he…he… che mike chegoye pesan Allah: “Makanlah dan minumlah, tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan,” (al-A’raf: 31)
2. Tidak timbul rasa ujub dan takabbur atau menunjuk-nunjuk. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil.” Sahabat-sahabat Baginda bertanya: ” Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab: “(Syirik yang kecil itu) ialah riak – Allah Taala akan berfirman pada hari Kiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing: ” Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan riak di dunia dahulu ( untuk menunjukan kepada meraka ), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?” (Riwayat Mahmud bin Labid r.a) So, janganlah kita memanggil orang dengan hasrat menunjuk-nunjuk, set sofa baharu, meja makan baharu, itu baharu dan ini pun baharu, menu yang pelbagai, enak-enak…takut sia-sia penyudahnyer…tumpo yeop!

Abdullah Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa seorang lelaki berkata kepada nabi SAW: “Manakah amalan Islam yang paling baik? Nabi menjawab; “Engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang telah engkau kenal dan kepada orang yang belum engkau kenal,” (al-Bukhari dan Muslim)
Jika kita buka seerah rasulullah SAW, nabi sendiri mengadakan majlis kenduri semasa mula-mula nak menyampaikan dakwah. Nabi panggil sanak saudara yang akrab dengan baginda dan setelah makan, nabi bertanya kepada mereka, siapakah di antara saudara-maranya itu yang sanggup bersama baginda membawa agama Islam di Kota Mekah. Ikut kisahnya, hanya Saiyidina Ali sahaja yang bangun berdiri menyahut seruan rasul, sedang bapa-bapa saudara nabi yang lain ada yang mencemik. Maknanya, dalam konteks menjamu hadirin makan, kita juga dianjurkan mengadakan pengisian rohani kepada mereka, iaitu tazkirah. Bapa mertua saya di kampung semasa mengadakan Majlis Perjumpaan Keluarga sempena hari raya, sering meminta saya menyampaikan tazkirah. Baharulah majlis kita akan lebih bererti, insya-Allah.
Nota: Jom ler mai umah saya…nak mai, call dulu le yer… 019 388 0528