• Sun. Apr 11th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Ke Jakarta lagi!

Byadmin

May 14, 2010

Hari ini 14 mei hingga Khamis depan, 20 Mei…saya, wife dan Hanim ke Jakarta lagi. Kami mengambil penerbangan dengan KLM. Dah tak sabar rasanya nak menghirup udara Indonesia dan menikmati teh sosro yang tag linenya: ‘Makan apa saja, minumnya teh botol!’

(Tugu Monas kebanggaan rakyat Indonesia)

Indonesia adalah negara penuh tarikan dengan pelbagai keunikan. Jakarta  pula adalah kota mega metropolitan dengan kapasiti penghuninya mencecah 12 juta orang! Hampir separuh rakyat Malaysiakan?!

Di Indonesia, saya akan merasa menjadi jutawan. Tukaran terkini, RM1.00 menyamai kira-kira Rp2,700.00. Jika saya bawa RM1,000.00 maka saya akan dapat Rp2.7 juta.

Pada kali ini, saya berangan-angan nak mencari CD terbaharu Tetralogi Laskar Pelangi, Sang Pemimpi yang sudah difilemkan. Juga novel terbaharu Habiburrahman el-Shirazy Bumi Cinta. Saya juga nak cari kitab Syamil al-Quran yang khabarnya dijual kira-kira RM150 di Malaysia. Di Indonesia…mungkin RM60 sahaja!

Insya-Allah, jika sempat akan saya kongsikan kisah saya di Indonesia nanti. Tergantunglah internet access yang kadang-kala agak terhad, tak macam di Malaysia. Jika menginap di hotel, internetnya percuma. Di sana, saya harus membayarnya.

Doakan saya dan famili selamat pergi, selamat kembali, selamat selama di sana dan selamat di mana-mana, amin.

Related Post

Leave a Reply