Kelahiran pertama

Saya dan isteri teruja menyambut kedatangan anak pertama kami. Maklumlah, itulah benih cinta yang kami semai selama ini. air max 95 femme Ia lambang penyatuan jiwa dua insan. Kami mahu jadikan ia simbol kecintaan kami yang tidak tergoyahkan lagi…amboi mak, begitulah hebatnya harapan kami.

Kami sudah beranganan. Jika takdir anak kami lelaki, maka namanya akan berpangkal dengan huruf ‘I’ bersempena Ismarul dan diikuti huruf ‘H’ bersempena Hamizul. Jika anak perempuan, sebaliknya pulalah. Saya pula mencadangkan, untuk meletakkan nama Ahmad atau Muhammad di awalnya jika si anak lelaki.

Saya masih ingat, sehari sebelum anak kami lahir itulah, kami melakukan satu perjalanan yang mendebarkan. Saya meminjam kereta seorang kawan,air max 95 femme Anis namanya. Kereta Datsun lama warna putih. Kami meminjam kereta itu untuk ke Bangi menziarahi Ustaz Bob di Sg. Ramal dan seterusnya akan membeli-belah keperluan baby di Jln Genting-Klang.

Saya pula baru pertama kali memandu setelah mendapat lesen kereta. Hati dipalu hebat. Seram sejuk rasanya memegang stereng kereta. Namun, janji sudah dibuat dan saya gagahkan juga. Masukkan kunci dan enjin pun mengaum.

Abang Long dah pandai bergaya...kalah abi ni...betul tak Abang Yang?
Abang Long dah pandai bergaya…kalah abi ni…betul tak Abang Yang?

Ingat baik-baik stepnya, tekan clutch dan masukkan gear satu kemudian perlahan-lahan angkat berek dan…saya lakukan penuh hati-hati. Isteri di sebelah memerhati penuh debar.

Tiba-tiba…eekkkk…plup! Enjin mati daaa.dua tiga kali berlaku, apa yang tak kena ni…saya mula merungut. Peluh sudah memercik di dahi.

Laaa…rupa-rupanya saya lupa melepaskan berek tangan. Sebab itulah kereta tak boleh bergerak dan bila clutch diangkat tinggi, maka enjin pun mati.

Ujian itu berlarutan lagi semasa melewati gerbang Tol PLUS di Sg. Besi. Semasa itu, mesin automatik yang mengeluarkan tiket tol. Saya berdebar menanti giliran. Sampai sahaja di hadapan mesin, saya memberek dan menghulurkan tangan. Alamak!!! Tak sampai. Jauh sangat. Saya angkatkan badan dan tanpa duga, kaki turut terangkat sama…apa lagi, berek kaki pun terangkat dan kereta bergerak ke depan.

Mendadak saya menekan berek kembali. Dengan cemas saya meminta isteri yang sedang sarat mengandung untuk turun dan mengambil tiket tol. Malu…ah!!! Jangan cakaplah! Sah…ini mesti baru dapat lesen ni! Bahkan sepanjang perjalanan,air max 95 femme beberapa kali isteri saya menjerit kerana saya makin ke tepi lebuh raya…

Begitu juga semasa melalui lorong kecil di Sg. Ramal Dalam menuju ke rumah Ustaz Bob. Lorong yang sempit dan berselisih dengan pengguna lain, jangan dihiraukan lagi. Akhirnya kami tiba juga ke destinasi dengan gemuruh yang masih memukul dada.

Along kusyuk membaca selepas penat membeli-belah...
Along kusyuk membaca selepas penat membeli-belah…

Petang itu, kami ke Jalan Genting – Klang. Isteri berangan-angan membelikan baby cot. Maklumlah, sebelum ini kami hanya bermotosikal, manalah muat untuk membeli baby cot. Alang-alang sudah ada kereta, walaupun pinjam…beli teruslah!

Itulah, bukan main susahnya nak menyeberang jalan di Genting – Klang. Kereta-kereta lain bagaikan tidak bersimpati dengan kami. Itu belum diambil kira perjalanan pulang ke rumah sewa di Kampung Changkat,air max 95 femme Gombak. Laluan yang sempit di Kg Padang Balang meluruhkan keringat lagi!

Itulah kata isteri saya, dek kerana jenuh dia menahan nafas dan mengejangkan kaki dan ototnya barangkali, esoknya terus dia rasa nak bersalin. Maka, lahirlah bayi kami yang pertama di Pusat Perubatan Ko-Hilal, Taman Melawati, KL.

Iqbal Hidayat namanya…pada 29 Julai 1999.

http://www.yeezyboostadidas.fr

Leave a Reply