Setiap kali bermusafir, khususnya kala ke luar negara, antara perkara yang menjadi tarikan dan sering saya perhatikan ialah buku. Saya suka merakam menerusi lensa kamera, bagaimana sesebuah negara dan rakyatnya memperlakukan buku dalam hidup mereka. Bagi saya, lagi rapat sesebuah bangsa dan negara dengan buku, maka makin matanglah pemikiran mereka.
Di sini, saya paparkan beberapa keping foto yang sempat saya ambil di Indonesia tentang buku pada kaca mata saya di sana.



