Kembara ke Pulau Mutiara

Kami ke Pulau Pinang selepas menyambut Hari Raya Haji di kampung. Marul miss her ex-school very much.scarpe basket jordan Dah lama teringin nak jengah…MRSM Balik Pulau. So, kami ambik keputusan untuk ke sana.

MRSM Balik Pulau memang penuh nostalgia kepada isteri saya. Beliau selalu membayangkan, betapa ‘macho’nya dia kerana sanggup berpisah dengan family dalam usia yang begitu muda. Sudahlah di Pulau Pinang…di Balik Pulau pula tu, kan jauh!

My Missers miss her school very much…itu yang saya dapat simpulkan.scarpe basket jordan Sedari awal perjalanan menaiki feri di Butterwoth lagi, berulang-ulang kali beliau memberitahu kepada anak-anak… “dahulu…umilah tu terkedek-kedek berjalan sambil menjinjing beg…”

Di dalam feri menuju Pulau Mutiara
Di dalam feri menuju Pulau Mutiara

Isteri saya menghabiskan masa dari tahun 1987 – 1991 di sana. Kemudian baharulah beliau ke Pusat Matrikulasi UKM di Kuala Pilah. Maka, bayangkanlah dalam tempoh masa yang begitu lama…hati mana yang tidak teringat. Tempat jatuh lagikan dikenang; inikan pula tempat belajar mencari ilmu.

Umi, Huda dan Hanim di hadapan pintu utama MRSM
Umi, Husna dan Hanim di hadapan pintu utama MRSM

Saya pula kepingin sangat untuk menziarahi keluarga angkat di Teluk Kumbar. Sudah 17 tahun saya meninggalkan mereka. Saya menumpang keluarga ini semasa tamat SPM dan cuba-cuba mencari rezeki di rantau orang. Jenuh sungguh.scarpe basket jordan Bayangkan, landskapnya sudah berubah. Perkampungan Nelayan yang saya tinggalkan 17 tahun dahulu, kini sudah amat jauh berubah wajahnya. Empat kali saya berlegar di hadapan rumah ‘tok angkat’, namun saya masih gagal mengecamnya.

Mujurlah gerak hati saya masih kuat dan akhirnya, berkat ringan mulut bertanya saya jumpai kembali rumah tok. Sayangnya, tok sudah meninggal dunia tahun lalu manakala suaminya Tok Wan (Pak Chin) pula lebih awal pergi. Tinggal Maktih yang mendiami rumah pusaka bersama anak lelaki tunggalnya. Kami bersembang beberapa ketika sebelum minta diri. Walau lama tak berjumpa, kemesraan masih terasa!

Kami menjejaki Muzium Perang, papan tandanya ada tapi muziumnya tiada! Bengang sungguh…akhirnya kami singgah di Tokong Ular. Sayangnya,scarpe basket jordan ular sudah semakin kurang dan kami sempat bergambar bersama seekor ular yang jinak…mak mertua saya geli-geleman dibuatnya…eee….!

Kami juga mengunjungi kembali Masjid Terapung di Batu Feringhi berdekatan Perkampungan Tsunami. Masjidnya masih indah terasa. Malamnya selepas menikmati makan malam dibelanja Amar (adik isteri) kami pun berangkat pulang ke Bukit Mertajam. Perjalanan yang meletihkan tetapi amat mengujakan sekali!

http://www.sneaker2018.it/

Leave a Reply