• Fri. Jan 22nd, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Kenduri Kahwin Yati

By

Mar 9, 2009

dsc00748Majlis perkahwinan Yati atau nama sebenarnya Nurhayati binti Zaidi dengan pasangannya Mohd Najib telah pun berlangsung pada 25 Jan 2009. Sempena cuti Tahun Baru Cina. Saya lambat memasukkan kisah itu ke dalam blog ini. Sorrylah Yati…Najib…

dsc00644

‘Tiga opah (Opah Sam, Opah Kati dan Tok Ngah Limah) sedang berlabun…apa le ceghite deme gamaknye ye…’

Pengalaman yang paling menarik sebenarnya, saya belajar tentang adab-adab dan teknik-teknik menyembelih lembu. Saya bercadang mahu memaparkan satu persatu caranya di sini. Tapi…entahlah…rasanya macam dah ingat-ingat lupa la pulak.

Kenduri Yati ini abah asalnya nak sub kan kepada katering. Tapi tak jadi dan kami bergotong-royong melakukanya. Nama gotong-royong ni, maknanya saki-baki kenduri tu, kami tuan rumahlah yang penyudahnya. Kenduri ramailah pembantu…kendara…faham-fahamlah.

Walau bagaimanapun, saya merasa ikatan ukhuwwah penduduk kampung saya, Kampung Banggol Belimbing masih utuh. Bayangkan, mereka datang menolong dari awal lagi. Bermula dari menyiapkan jemorang dan khemah, menyembelih dan melapah, menyiang bawang dan kentang, hinggalah memasak dan menghidang. Masing-masing menjalankan tugas dengan baik sekali.

Saya menganggarkan, kehadiran para tetamu mencecah 1,000 orang. Memang meriah. Penat memanglah penat; tapi hati puas dan terasa nikmat.

lembu-sedang-disembelih

‘Lembu sedang direbah untuk dikerojekan…’

Lembu disembelih sehari sebelum kenduri. Pagi-pagi lagi abah sudah sibuk. Emak pun kejap keluo kejap masuk. Tak lama kemudian, Cikgu Halim tukang sembelih pun sampe ke rumah. Mak minta saya tolong sambut dan entertain…abah masih kat luo.

Cikgu Halim kabo, nak nyembelih binatang ni ada petua dan ada kaifiatnya. Antaranya, masa nak menyembelih apakah kedudukan paling baik. Apakah bacaan yang patut dibaca. Orang yang tak ikut adab, lembu payah nak mati, daging jadi liat dan masa melapah nanti…penuh dengan lalat.

dsc00599

‘Cikgu Halim sedang mempamerkan skills-nye…bukan senang yeob…’

Habis nyembelih, lembu dilapah. Baru saya tau, daging batang pinang ialah daging di sebelah menyebelah tulang belakang. Itu yang orang kata paling sedap. Ingatkan daging batang pinang tu dekat betis ke…

Atih Mat dan Mat Tamin sibuk memasang lampu. Alang pulak kakinya patah, tak de le boleh nolong melainkan dok mengelewor je le ke sana ke mari. Dalam dok sibk tu, anak-anak teman dan para sepupu-sepapat pakat pi terojun ke sungai di sebelah rumah…mak aih…best le demer.

dsc00663

‘Main ayo…syiok ler demer, oghang lain macam nak terbakor main api kat dapur kenduri’

Tulang lembu dimasak kari. Memang sedap. Malam tu kami menjemput jemaah dari beberapa surau dan masjid datang. Memang meriah. Abah Di mewakilkan saya agar menjemput para hadirin datang lagi esok bersama keluarga. Ingatkan awal-awalnya nak bagi le tazkirah…tapi nasik dah terhidang, kan ada yang leleh ayo lio pulak karang.

Esoknya, tukang masak awai-awai lagi dah nyemboi pagi kenduri. Pak Din Selehah and the geng…demer ni memang komitted sungguh. Teman ke Lenggong cari limau mandarin dan apa-apa barang yang patut, abah kirim roti canai…teman nyinggah kat Restoran Berahim, makan le dengan Husna. Sedaaap betul, siap pekena teh tarik lagi.

dsc00677

‘Pak Din Selehah mengetuai geng tukang masak…a very comitted person i ever seen’

Kira-kira jam 10.00 pagi, rombongan lelaki udah ada di masjid Banggol Belimbing. Majlis akad nikah berlangsung dengan segera. Lepaih bergambo, berkejo juge kami balik nak nyiapkan ghumah. Ecah dan Emah, tukang masak pengantin baru nak start.

dsc00706

‘Abah Zaidi menikahkan Najib…sekali lafaz je yeob, jadi le dia adik ipor teman yang sah…’

Pengantin lelaki tiba kira-kira jam 1.00 tengah hari. Abah membakor merocun. Kompang tak ade. Nak pasang lagu…abah kata tak payah.

dsc007201

‘Mak Nah dan mak Najib bergambor sekali’

Petang tu, kami pakat gotong-royong lagi membasuh apa yang patut. Periuk belanga jangan cakaplah…naik lenguh tulang belakang. Najib pun kena keroje…kita kerojekan dia…he…he…

dsc00728

‘Dua famili bersatu kini’

Malamnya kami buka hadiah…banyaknye dapat gelas. Teman sekeluarga hadiahkan periuk tekanan tinggi pada demer…tu pun last minute beli kat Pekan Lenggong masa keluo ngan atih mat.

Related Post

Leave a Reply