• Tue. Jan 19th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Kisah sepetang menaiki monorail

Byadmin

Dec 1, 2010
Oh Monorail...

Hari ini saya ke Plaza Low Yat di Bukit Bintang. Motifnya, mencari sebut harga bagi external hard disk. Di Shah Alam tak banyak pilihan. Saya memarkir kereta di UKM, Jln Raja Muda langsung mengambil monorail ke Imbi.

Hujan mencurah-curah. Lebat dan basah. Kerana tekad dan sudah berjanji untuk menyediakan PO esok hari, saya gagahkan juga kaki melangkah. Mujur payung ada di dalam kereta. Dalam kehujanan saya mencari arah.

Tambang monorail dari Chow Kit ke Imbi hanya RM1.60. Rezeki, tidak sampai lima minit sebuah monorail mampir dan saat memasukinya, masih lengang. Seronok dapat duduk. Kian lama kian ramai. Saya hampir terlepas stesen Imbi dek kerana tidak terperasankan pengumuman.

Berpusing-pusing di Plaza Low Yat dan mencari sebut harga, membuatkan kaki saya lenguh sekali. Saya insaf, dengan berat badan lebih 70 kg…kaki saya terpaksa berkerja keras menampung berat badan. Setelah memperolehi beberapa sebut harga, saya bergegas kembali ke stesen. Solat ‘Asar masih belum disempurnakan. Harapnya sempat dan di stesen monorail, orang sudah ramai menunggu!

Alhamdulillah, tren memang sesak. Namun saya masih dapat tempat duduk. Saya terfikir, betapa beruntungnya saya berkerja di Shah Alam. Kereta diparkir di tepi pejabat, tidak perlu bersesak-sesak setiap hari pulang ke rumah. Jauh sedikit pun tidak mengapa, asal saya tidak perlu bergelut saban hari di dalam tren monorail ini!

Related Post

Leave a Reply