Korban Anu…

Dari awal tahun 2008 lagi, Abang Long dan Abang Yang sudah diperingatkan…mereka akan ‘dikorbankan’ pada tahun ini. Heh…heh….siaplah!

)
Berdebar menanti saat dipanggil ke bilik berkhatan...:)

Kami merancang untuk menyunatkan mereka pada cuti hujung tahun. Biarlah mereka puas bermain dahulu. Hujung tahun kita ‘rehatkanlah’ mereka…fikir saya.

Kami merisik banyak tempat. Hajat di hati mahu sahaja menghantar mereka berkhatan di Kohilal, sayangnya kaedah Sunathrone yang biasa dilakukan oleh Dr Lo’Lo’ sudah tidak diadakan lagi. Alasannya, Dr Lo’Lo’ le ni sibuk dengan kerjanya sebagai YB. Kami terpaksa chegoye banyak tempat lain…

Akhirnya tanpa duga, kami mendapat tempat di Kampung Baru Medical Centre. Kaedah berkhatan menerusi laser…kurang darah dan cepat kebah. Pakej istimewa pula jatuh pada Jumaat 5 Disember 2008, harga biasa RM250 seorang; tapi dikurangkan kepada RM150….Wah!  Ini sudah bagus…

Akhirnya, kedua anak teruna kami pun selamat disunatkan. Nak tahu…Along memang ‘macho’…tapi Abang Yang…dia nangis…tapi sikit je…diulang…siiikiiiit je….

Opah Salak siap gantungkan kain pelikat lagi...
Opah Salak siap gantungkan kain pelikat lagi...

Leave a Reply