Mak buat cermin mata

Sejak lama dahulu, saya memang berangan-angan nak buatkan emak cermin mata. Kesian setiap kali balik kampung, emak terpaksa memicing-micingkan matanya semasa membaca.

jan-mac09-0111

‘Mata mak sedang diuji…’

Baru-baru ini, alhamdulillah…saya sudah membawa emak ke kedai cermin mata di Bandar Baru Selayang. Qausar Optometries memang milik kawan saya, Izzudin atau saya panggil Along, senior saya di UKM dahulu.

jan-mac09-109

‘Amboiii…lawonyer…’

Emak pun test mata dan malam itu juga, siaplah cermin mata emak. Wah-wah…bukan main bergaya le lagi emak dengan cermin mata barunya!

Leave a Reply