• Mon. Jan 25th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Makan angin ke Pulau Mutiara

Byadmin

Dec 19, 2011

Hari Sabtu, 17 Disember saya dan keluarga datang ke Pulau Mutiara. Oh ya, jika di Pulau Pinang, mereka juga mengenalinya sebagai Pulau Mutiara. Ada juga yang menggunakan istilah ‘pulau’ atau ‘Penang’ sahaja. Orang Penang mempunyai panggilan khas untuk Georgetown, iaitu ‘Tanjung.’ Anda pasti teringat cerita Nana Tanjung arahan PM Razak Mohaideen kan? Itulah Penang dengan Tanjungnya…

Alakullihal, kedatangan kami kali ini untuk memenuhi Kongres Pembelajaran dan Pengajaran UKM yang diadakan di Vistana Hotel. Nasib kami kurang baik, kerana bilik di Vistana sudah penuh dan kami terpaksa menginap di Equatorial Hotel. He…he…Equatorial jika tidak salah saya adalah hotel 4 bintang, ketimbang Vistana hanya 3 bintang. Di sini layanan petugasnya adalah lebih berbaloi berbanding Vistana. Jika di Vistana, sesampai sahaja mobil di hadapan lobi, petugasnya tidak akan membukakan pintu kereta anda; tetapi tidak di Equatorial. Merasalah anda menjadi ‘orang besar’ seketika…

Kebetulan Muammar, adik ipar saya juga tinggal  amat dekat dengan kami. Kondo D’Piazza hanya terletak kira-kira tiga kilo meter sahaja. Sering jugalah kami berulang-alik ke rumahnya. Kami juga menjelajah ke beberapa lokasi menarik untuk makan malam dan makan siang. Antaranya di Pantai Queensbay dan Teluk Tempoyak. Ikan bakarnya memang menyelerakan.

Insya-Allah kejap lagi kami akan bertolak balik ke Kuala Lumpur. Sebelum itu rasanya nak ke Batu Maung melawat Muzium Perang. Mungkin kami akan mengambil feri, kerana waktu mampir ke Tanjung kami mengambil jambatan.

Menarik juga kunjungan kali ini…

Related Post

Leave a Reply