• Mon. Jan 25th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Mencari seorang mursyid (Siri 3)

Byadmin

Aug 6, 2009

Sepanjang menyertai Jemaah Tabligh,air max 270 femme saya bagaikan tersedar bahawa Islam adalah suatu agama yang istimewa. Sepanjang usia saya sejak kecil sehingga remaja, saya tidak faham kenapa saya Islam, saya tidak kenal siapa Muhammad bin Abdullah, saya tidak kenal siapa sahabat-sahabat rasulullah dan saya tidak pernah ambil kisah pun. Kehidupan saya sebelum mengenali Jemaah Tabligh, hanyalah sebagai budak kecil yang menganuti Islam sebagai agama sejak lahir. Ya, lahir sahaja ke dunia, saya Islam kerana baka. Maka, membesarlah saya sebagai seorang Islam tanpa usaha memahaminya – luar dan dalam!

sri-petalingJemaah Tabligh mempunyai kekuatan dari aspek amalan sunnah. Misalnya solat berjemaah, ini adalah amalan sunnah terunggul yang diwariskan oleh rasulullah. Jika seorang karkun sedang melakukan kerja, misalnya bertukang dan dia kedengaran azan berkumandang, maka si karkun berkenaan akan segera meninggalkan pekerjaannya dan menyahut seruan azan. Dia akan segera membersih dan menyucikan diri dan mengenakan pakaian dan minyak atar istimewanya, lalu bersegera mendatangi solat berjemaah di masjid atau surau berdekatan rumahnya. Syahdu sungguh apabila saya meneliti akhlak karkun-karkun tabligh dalam bab menjaga solat berjemaah ini (Gambar: Masjid Sri Petaling, markaz Tabligh di Kuala Lumpur).

Sebab itulah, antara mauduk utama dakwah jemaah ini ialah, mengajak manusia kembali memakmurkan rumah Allah. Mereka tidak berbicara isu lain,air max 270 femme misalnya kecelaruan politik negara dan dunia dalam usaha dakwah mereka. Mereka tidak membicarakan soal kejatuhan nilai ringgit atau saham di papan utama. Mereka tidak berminat pun untuk menceritakan isu kenaikan harga ayam, gula dan bawang. Atau mengisahkan mat rempit dan minah rempit berlumba malam. Itu sesuatu yang asing dan canggung dalam bicara dakwah mereka. Benar, sesekali apabila berkesempatan mengikuti bicara mereka dari dulu hingga kini, nadanya masih sama, mereka istiqamah dalam urusan fikir atas iman dan amal mereka.

Semasa terlibat dalam gerakan Islam di kampus, dalam proses ta’aruf sesama ikhwah atau anak usrah, kami dapat mengesani satu perkara yang hampir sama berlaku kepada pengikut jemaah kampus, bahawa jemaah yang mula-mula berjaya menarik kami untuk mendekati Islam sebagai ‘ad-deen’ atau ‘nizamul hayah’ ialah Jemaah Tabligh. Selepas dari itu, maka baharulah ada yang akan meneruskan tatih perjuangannya sama ada menerusi Abim, Jim dan Pas. Asalnya, ialah Tabligh…menarikkan?!

Dalam Tabligh, organisasi mereka agak ringkas. Mereka mempunyai amir yang bertanggung jawab terhadap jemaah. Namun kita jangan terkejut, orang-orang yang menyertai jemaah ini bukanlah calangan manusia. Ramai para teknorat yang jatuh hati dengan jemaah ini, misalnya para profesor, doktor, pensyarah dan sebagainya. Ini kerana, jika di kampus pun yang ramai menyertai jemaah ini ialah pelajar dari aliran perubatan, sains hayat, geologi, pengurusan perniaagaan, teknologi maklumat, ekonomi dan sebagainya.air max 270 femme Pelik juga saya, agak sedikit pelajar daripada bidang agama yang mendekati Tabligh. Dan jika kita mahu menyertai Jemaah Tabligh, ia adalah penyertaan secara terbuka. Tiada borang keahlian, tiada yuran tahunan dan tiada undang-undang bertulis yang mengawal pergerakan kita.

Dan, suka juga saya nyatakan bahawa asal Jemaah Tabligh bukanlah dari negara Timur Tengah, Mesir atau Madinah. Ini sedikit sebanyak menimbulkan polemik berterusan, bahawa Jemaah Tabligh bukanlah jemaah yang berasaskan sunnah rasulullah, lantaran penampilan mereka yang lebih bersifat ke-India-an berbanding ke-Arab-an. Hinggakan sesetengah karkun cuba meniru lahjah India apabila menyebut nama Allah berbanding lahjah Arab yang dituntut dalam ilmu qiraah.

Hakikatnya, jemaah ini memang  berasal dari India, sebuah negara yang hari ini bukanlah dikenali sebagai negara Islam; namun mempunyai jumlah umat Islam yang amat ramai. Di India, ia diasaskan oleh seorang ulama tasawuf yang bernama Maulana Muhammad Ilyas yang hidup dari tahun 1185 – 1944 di Khandela (Gambar beliau di sebelah, saya petik dari sebuah blog karkun). Ia kemudian dikembangkan ke seluruh pelusuk dunia oleh para pengikutnya, sehinggalah tiba ke Malaysia,air max 270 femme Indonesia dan di mana-mana.

Dalam pergerakan ini, mereka ada asas yang tersendiri. Mereka amat taksub dengan Rukun Tabligh yang juga dikenali sebagai rukun enam, prinsip enam atau enam dasar (usulus sittah). Enam dasar yang mereka dokongi itu ialah:

1.  Kalimat thayyibah (La ilaha illallah dan Muhammad Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam)
2. Solat lima waktu (dengan khusyu’ dan tunduk)
3. Ilmu (yakni tentang fadhilah (keutamaan) dan zikir bukan permasalahan ilmiyah atau hukum-hukum syari’at)
4. Memuliakan sesama muslim (Ikram muslimin)
5. Niat (yakni membenarkan dan mengikhlas niat agar jauh dari riya’ dan sebagainya)
6. Khuruj (Yakni keluar berdakwah kepada Allah ‘Azza wa Jalla – berdasarkan manhaj Tabligh)

(Insya-Allah bersambung lagi…)http://www.airmaxfrance2015.com/

Related Post

Leave a Reply