• Sat. Jan 16th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Menjadi seorang blogger?

Byadmin

Jul 10, 2009

Ada kawan-kawan yang berminat untuk menjadi blogger. Maka di sini, saya cuba memberikan panduan ringkas, bagaimana kita boleh menjadi seorang blogger.

buat-blogSebelum itu, adakah kita faham apa itu blog? Apakah perbezaan blog dengan laman web? Apakah blog semuanya percuma? Mana lebih berkesan jika mahu membuat e-marketing, blog atau laman web?

Saya sendiri bukanlah mahir, tetapi saya membaca buku, artikel dan sebagainya bagi menambah ilmu.

Apa itu blog? Blog adalah jurnal diri atau boleh dikatakan e-diari yang ditulis di alam maya dan dapat dikongsi dengan sesiapa sahaja, bergantung kepada kemahuan kita sendiri – sama ada untuk awam atau hanya orang tertentu – dan sifatnya adalah santai dan tidak terikat kepada formaliti penulisan. Inilah maksud mudah blog.

Apakah bezanya dengan laman web? Ada beberapa perbezaan yang nyata, iaitu laman web bersifat rasmi; blog tidak, laman web biasanya dimiliki oleh sesebuah organisasi; blog peribadi, laman web mahal kerana melibatkan design dan sebagainya; blog murah bahkan ada yang percuma, laman web bersifat sehala; blog pula boleh berkomunikasi. Inilah antara ciri-ciri perbezaan laman web dan blog.

Adakah semua blog itu percuma? Blog asalnya memang percuma. Saya sendiri pernah menggunakan tapak di blogspot.com dan wordpress.com. Ini antara penyedia tapak blog yang biasa kita dengar, tetapi masih ada beberapa penyedia lain lagi. Tetapi, kita boleh membeli domain dan hosting sendiri untuk membuatkan blog kita lebih diyakini.

Jika kita menggunakan tapak percuma, maka url blog kita akan memuatkan nama penyedia tapak, misalnya http://hamizul.blogspot.com/ atau http://ismarul.wordpress.com/. Jika kita sudah membeli domain sendiri, maka kita dapat gunakan alamat seperti ini http://www.hamizul.com/ atau http://hamizul.com/.

Mana lebih berkesan untuk e-marketing, blog atau laman web? Mengikut sebuah buku ‘Buat Duit Dengan Blog’ tulisan Yazid Yahaya, blog lebih berkesan dalam e-marketing…

Untuk bacaan lanjut, anda boleh membeli buku berkenaan atau ke halaman beliau di sini.

Sekian dahulu, jadi…cuba-cubalah ber’blog’ ye… 🙂

Related Post

Leave a Reply