• Sun. Apr 11th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Menjejak Medan

Byadmin

Apr 19, 2012

 

Masjid Raya Medan

Medan, terletak di Sumatera Utara bakal saya jejaki tidak lama lagi. Tidak sabar rasanya untuk menghidu udara di sana. Pengalaman kala ke Padang, Indonesia tidak lama dahulu masih membugar di minda. Saya berharap, pengalaman yang bakal diperolehi di Medan lebih menarik untuk disimpan dan dikenang.

Insya-Allah, perjalanan kali ini adalah bersama-sama isteri dan tiga anak kami, iaitu Huda, Husna dan Ilham. Turut bersama ialah Hj. Jamil dan dua anak serta isterinya. Hj. Jamil kenalan baik kami dan bekerja di UKM, yang sekian lama bercadang mahu mengembara bersama.

Namun, sesekali terbit juga rasa bimbang dengan kerapnya berlaku kejadian gempa di Sumatera. Apa yang mampu saya lakukan, semoga Allah SWT memberkahi perjalanan kami nanti. Diberikan oleh-Nya keselamatan dan dipermudahkan-Nya segala urusan.

Insya-Allah, saya akan menitipkan keratan-keratan memori sekitar perjalanan di sana nanti menerusi bloog dan FB. Enak mengembara di Indonesia. Negaranya luas, rakyatnya ramai, muka buminya cantik dan budaya mereka juga menarik.

Allahumma sallimna wasallim ma ma’na…amin.

Related Post

Leave a Reply