Menziarai Opah Umi isteri tok angkat

Tok Bakar adalah tok angkat yang banyak berjasa kepada saya.balenciaga scarpe uomo Semasa usia belasan tahun, Tok Bakar mempelawa saya untuk bersama-samanya menadah kitab. Beliau adalah penuntut yang setia dengan Allahyarham Tuan Guru Fakih Sidik dari Kampung Sumpitan.

Gambar bersama gemulah Tok Bakar dan isterinya yang kami ambil pada hari raya tahun 2006
Gambar bersama gemulah Tok Bakar dan isterinya yang kami ambil pada hari raya tahun 2006

Kemesraan bersama Tok Bakar terus mekar walau saya sudah memasuki universiti. Apabila pulang ke kampung di Lenggong, rumah Tok Bakar singgahan wajib. Tok selalu memberi nasihat. Saya dianggap cucunya sendiri. Tok beritahu… “Ada orang tanya tok, mana cucu tok pergi, tok bagitau kat depa…cucu tok pergi mengaji dengan Harun Din!”

Marul sedang syiok berlabun dengan Pah Umi
Marul sedang syiok berlabun dengan Pah Umi

Semasa saya meminang Ismarul…tak disangka-sangka, balenciaga scarpe uomo Abah Salak datang merisik saya pula. Mereka menanyakan perihal saya melalui Tok Bakar, sementelah Tok Bakar adalah abang saudara pupu kepada Abah Salak. Iskk…isk…pucuk dicita ulam mendatang, atas recomendation kukuh daripada Tok Bakar, pinangan teman diterima tanpa bicara lagi…alhamdulillah!

Setelah Tok Bakar meninggal dunia pada tahun 2007, saya dan keluarga makin kurang menziarahinya. Terasa bersalah pula…lalu Raya Puasa baru-baru ini, kami mengunjungi isteri beliau. Masih seperti dahulu…cuma memori saya masih memagut sisa-sisa semalam yang kian kelam…melihat rumah yang pernah berjasa membantu menemukan jodoh saya,balenciaga scarpe uomo dan wajah tua Pah Umi yang masih setia memberikan senyuman ikhlas…al-fatihah buat Tok Bakar…

http://www.sneaker2018.it/

Leave a Reply