• Sun. Apr 11th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Naik ‘Belon’ Ke Sarawak – PT 1

Byadmin

Mar 13, 2010

Menjelang maghrib waktu Malaysia Timur, kami semua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Di sini biasalah, waktu lebih cepat daripada Semenanjung. Ikutkan, jam baru 6.30 petang…lebih-kurang; tapi cuaca kat luar sudah bertukar remang senja. Alhamdulillah, Abang Yasser, Kak Nen dan Aisyah sudah menanti ketibaan kami. Urusan checkout di Imigresen tak banyak karenah dan kami mengambil bagasi lalu terus ke rumah Abang Yasser di De Summit Condominium, BDC, Kuching. Adik ipar saya Ammar juga menyewa kereta dan seronoknya, kami booking Hyundai Matrix tapi dapatnya Toyota Innova…lumayan sungguh!

Anak-anak saya semuanya sudah tidak sabar menantikan tibanya hari ini. Perjalanan yang sudah dijadualkan sejak penghujung tahun lalu terkabul hari ini. Esok akan bermulalah pengembaraan kami di Bumi Kenyalang ini, insya-Allah.

Related Post

Leave a Reply