Opah

Semasa di Tahun ke-3 pengajian di universiti, air max 270 femme saya sudah berangan-angan untuk bertunang. Saya nyatakan hasrat kepada opah. Mak aih!!! Jangan haraplah…harapan bertukar menjadi penangan! Ambik kau…

Gambo Opah pada tahun 2005 atau 2006...teman udah lupe...
Gambo Opah pada tahun 2005 atau 2006…teman udah lupe…

Semasa di tahun akhir, saya serius ber’kawan’ dengan seorang muslimat. Perhubungan kami dilandaskan kepada niat untuk meneruskan hayat perjuangan yang kami lagangkan di kampus.

Saya pula telah ‘kecewa’ setelah perhubungan saya pupuk selama ini dengan seorang muslimat ‘kantoi’ di tengah jalan. Saya bimbang jika perhubungan yang baharu terjalin ini tidak diikat sesegera mungkin, air max 270 femme maka sejarah lama bakal berulang.

Saya luahkan kepada opah. Saya bimbang lahar gunung berapi akan memancut keluar lagi. Tapi tidak kali ini. Opah lebih tenang dan terbuka.

Saya rakam peristiwa ini di dalam sebuah cerpen bertajuk ‘Opah’ yang tersiar di majalah Anis pada Oktober 1997.

Alhamdulillah…restu opah mengiringi saya dan isteri hingga kini. Terima kasih opah!

Gambo terbaru Opah di Restoran Tuu Dia Pak Tam Selayang, 28 Dis 08
Gambo terbaru Opah di Restoran Tuu Dia Pak Tam Selayang, 28 Dis 08

Catatan: Opah bernama Fatimah Sam Che Su, air max 270 femme lahir pada tahun 1930. Pernah bersekolah Jepun pada zaman Perang Dunia Ke-2. Opah Sam kini sudah berusia 79 tahun (pada 2 Januari 2009), mempunyai 19 orang cucu dan lima orang cicit. Semoga Opah Sam terus panjang umur dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT, amin.http://www.yeezyboostadidas.fr

Leave a Reply