• Sun. Apr 11th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Pengumuman: Buku Zakat!

Byadmin

Jul 20, 2009

Salam…

Para pengunjung budiman, sahabat saya Ust. Ghazali Ibrahim (adik vokalis Rabbani Ust. Asri Ibrahim), telah berjumpa dengan saya beberapa waktu dahulu dan memberikan satu naskhah terbaharu hasil garapan pengalaman dan ilmu beliau, iaitu sebuah buku bertajuk  ‘Memberi Tanpa Diminta: Itulah falsafah zakat’.

buku-zakat

Saya telah berjanji akan menulis mengenainya, namun sehingga ke saat ini saya masih belum berkesempatan membaca sehingga habis dan membuat ulasan yang bersesuaian. Asifni ya ustaz!

Sehubungan dengan itu, sebagai mukaddimah…saya menawarkan kepada para pembaca yang mahu menambahkan ilmu dan pengetahuan mengenai zakat, agar mendapatkan buku ini. Bahasanya mudah dan informasinya amat berguna sekali dalam kehidupan kita.

Spesifikasi buku ini ialah:

Tebal: 196 halaman
Harga: RM23.00 (Semenanjung) & RM25.00 (Sabah & Sarawak)
Wang pos: RM7.00 (jika dekat, boleh amik sendiri…wang pos free ler)

Jika ada yang berminat, sila hubungi saya menerusi talian di atas atau emailkan sahaja ke hamizul.ah@gmail.com atau hamizul@e-zakat.com.my

Sekian, terima kasih!

Related Post

Leave a Reply