• Sun. Jan 24th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Ust Asri: Pergi Tak Kembali!

Byadmin

Aug 13, 2009

Seputar jam 11 pagi tadi, saat saya sedang sibuk menulis artikel zakat, saya diganggu oleh beberapa jeritan SMS. Saya malas-malas melayannya. Namun, salah satunya datang daripada Kak Lin dari radio Salam.FM. Sms beliau ringkas: “Ust Asri dah meninggal, alfatihah.”

Saya termenung sejenak. Ust Asri yang mana satu? Hati saya segera mendesak dan saya terus mendail. “Ya syeikh, Ust Asri Rabbani…dia pengsan depan-depan akak tadi ha masa tengah buat show kat RTM…tak sangka sungguh…”

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut, saya segera menghubungi Ust Ghazali Ibrahim. Benar, abangnya baharu sahaja meninggal dunia dan dia sendiri dalam perjalanan dari Ipoh. Hati saya turut terasa sayu dan pilu. Baharu sahaja beberapa hari yang lalu, saya dan zaujah berbual mengenai Ust Asri dan Rabbani. Kami sukakan suaranya yang lemak merdu dan kami memikirkan apakah nasib Rabbani jika Allah SWT menjemput ust Asri. Nampaknya, apa yang kami takuti telah berlaku.

Saya menghebahkan kematian ini kepada rakan-rakan. Masing-masing terkejut. Namun siapalah kita di sisi Allah SWT. Mudah-mudahan Ust Asri diterima di sisi Tuhan sebagai hamba yang soleh, amin.

Related Post

Leave a Reply