• Fri. Jan 22nd, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Pesta Buku Antarabangsa Kembali Lagi!

ByFameThemes

Apr 16, 2009

bannerpestabukuMemang mengujakan! Saya, isteri dan anak-anak sudah tidak sabar lagi rasanya menantikan esok hari. Ya…esok akan bermula lagi Pesta Buku Antarabangsa 2009.

Semalam isteri saya sudah berkira-kira, kali ini beliau akan membeli buku-buku yang disukainya. Sebelum ini, isteri saya banyak menurut kehendak anak-anak, memang banyak buku untuk anak-anak kami yang telah dibeli. Sementara itu, saya sendiri memilih buku-buku yang sut dengan jiwa saya.

Akibatnya, isteri saya terpaksa membaca apa yang saya beli. Jadi pada kali ini, beliau sudah nekad untuk mencari sendiri apa yang dihajatinya.

Berapa pula bajetnya? Em…jika diikutkan, pada tahun-tahun lalu memang kami sekeluarga berbelanja besar sempena Pesta Buku ini. Maklumlah, harga buku dipotong tinggi, kemudian majalah-majalah pun saat inilah menawarkan diskaun langganan sehingga 50%! Isk…rugi jika tak ambil peluang.

Dalam pada itu, saya sudah merancang hari dan waktu untuk ke sana. Sabtu ini, kami sekeluarga akan pergi. Masa itu, pastinya anak-anaklah yang menjadi keutamaan. Kemudian, Isnin nanti saya akan pergi lagi. Saya sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada Ketua Jabatan, untuk mencari dan mendapatkan senarai buku yang boleh dicadang untuk dibeli. Buku-buku itu kelak akan diletakkan di Perpustakaan Wakaf di Seksyen 3, Shah Alam.

Hm…pastinya ramai penulis buku akan berkampung di sana. Agak-agaknya…bila pulalah saya pula akan bergelar penulis, dan menanti kedatangan peminat bagi mendapatkan tandatangan…he…he…tahun hadapan kot, insya-Allah.

FameThemes

This user is created while installing demo content. You should delete or modify this user’s information now.

Related Post

Leave a Reply