• Sun. Apr 11th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Puasa Enam le pulak…

Byadmin

Sep 29, 2009

Alhamdulillah, raya dah bersambut, kampung dah pun dijengah, ibu ayah dah pun bersalam berpelukan dengan anak dan cucu, sanak saudara dah pun dapat raya bersama…ha…le ni perut teman ni, udah rase buncit lain macam je…confirm kena puasa ni!

Teringat satu masa dulu, saya puasa enam last minute…penyudahnya, orang lain puasa enam…saya, puasa lima! Hah…amik, siapa suruh puasa last minute. Maka, belajor daripada pengalaman menyebabkan saya lebih berhati-hati. Di Kolumpo ni, Sabtu dan Ahad jangan harap nak puasa, rumah terbuka punye le banyak. Hari-hari kerja pulak, jemputan ke rumah terbuka antara jabatan dan ofis teman-teman pula menanti…maka, puasalah awal-awal…jangan jadi ‘puasa lima’ lagi sudah…

Sebenonya, perut ni memang kena bagi rehat juga. Maklumlah, sebulan kita berpuasa maka dia rehat sakan waktu siang. Tup-tup kita beraya…raya pulak ngalahkan bebudak…makan, makan, makan dan makan, nasi ayam, kuew tiaw, rojak buah, mee bandung, nasi dagang, laksa penang dan sebagainya…ayor pula, sirap le, oren le, sarsi le dan terkini…Ribena…ha…baru ada kelas…maka, bayangkanlah betapa ‘peningnya’ perut kita menerima ‘gezutan’ semua itu.

Maka, atas dasar itulah doktor pun mengaku bahawa puasa enam adalah suatu sunnah yang membawa kebaikan kepada tubuh badan kita. Para ulama juga menyatakan, puasa enam adalah kesinambungan daripada puasa Ramadan, yang memberi kesihatan yang lebih baik kepada tubuh badan. Idak le main sumbat je semua jenis makanan hingga perut pun naik meragam.

Ada beberapa isu yang sering dibangkitkan orang, iaitu bilakah nak mulanya Puasa Enam ni? Elok dibuat terus enam hari tanpa henti atau selang sehari atau ikut suka hati sendiri? Adakah puasa ini kena didahulukan sedangkan masih ada puasa Ramadan yang kena ganti, especiallynya oghang pompuan yang uzur…oghang lelaki usah nak mengada-ngada le pulak, maka mana satu aula didahulukan? Ater…boleh ke diniatkan sekali puasa sunat lain atau puasa qada dengan Puasa Enam ni?

Teman sekadar mengutarakan pandangan yang dipetik daripada pandangan para alim-ulama’ yang lain. Ada pun, puasa enam ini boleh sahaja dimulakan bila-bila, asal jangan satu syawal…HARAM yeop! Tapi, bak kata ustaz teman le, apa ke hey nyer orang datang bertandang tapi tuan ghumah bertohor menahan lapor…maka, elokle ditangguhkan puasa itu hingga ke satu jangka masa yang sesuai. Melayan tetamu itu pun satu keutamaan, bahkan menurut satu riawayat, Abu Darda’ r.a pernah ‘dipaksa’ berbuka puasa sunatnya oleh Salman al-Farisi sewaktu beliau berkunjung ke rumahnya dan tindakan ini dipersetujui oleh Rasulullah SAW. Rasanya, pada pandangan peribadi teman le kan, hari paling baik berpuasa ialah setelah tujuh hari menyambut raya…

Kemudian, idak le payah dibuat bersambung hari tanpa henti puasa tu. Boleh je jika dibuat berselang hari, sehari puasa sehari idak. Jika tidak salah teman, Yusuf al-Qardhawi pun kabo ghupe ini…idak payah dibuat terus enam hari. Tapi jika mike nak buat juge, lantok le…

Kemudian, jika mike ada puasa ganti…mana nak didahulukan ye? Ha, dalam kes ini Aisyah r.ha isteri Rasulullah saw telah memberikan panduan, iaitu Aisyah telah mendahulukan Puasa Enam dan mengkendiankan puasa ganti yang wajib. Maka, setengah ulama menyatakan, ini isyarat bahawa Puasa Enam boleh dilakukan walaupun ada puasa qada, alasannya…tempoh berpuasa enam adalah singkat sangat, iaitu hanya dalam bulan Syawal. Walhal, mike yang berkenaan…boleh sahaje mike mengqadakan puasa pada bulan-bulan yang lain.

Ater…jika kita niatkan qada juga, maka dapat ke pahala sunat syawal nyer? Ha…yang inilah, jadi khilaf le pulak di kalangan ulama. Setahu teman, waktu teman mengaji dulu…tok guru teman kata, boleh sahaja teman ‘menyatukan’ puasa, seperti Puasa Syawal + Puasa Sunat Khamis, maka dapat pahala kedua-duanya sekali. Apatah lagi mengqada puasa wajib dalam bulan Syawal, maka terus le dapat pahala Puasa Enam tu. Ada ulama yang berpendapat begini. Hujah mereka, jika seseorang masuk ke masjid dan terus mendirikan solat dua rakaat, tak semestinya sunat Tahiyatul Masjid, maka dapat pahala dua solat sekaligus…

Namun, ada ulama tak setuju dengan pendapat ini. Demer kate, setiap amalan adalah dengan niat…jika dah niat puasa qada atau puasa sunat hari Khamis, maka mana nye mau dapat dua sekaligus…kena ikut niat le. Maka, deme tak setuju dengan pendapat di atas, buat satu dapat dua atau 2 dalam 1. Ater…mike nak pakai yang mana? Teman…he…he…teman puasa hari senin, memang niat puasa syawal…tapi udah disunatkan puasa hari senin juga, maka teman harap teman dapat dua pahala…wallahua’lam!

Last sekali, teman suke sungguh…anak teruna teman yang dua orang tu sanggup deme berpuasa juge…alhamdulillah, moga-moga tarbiyyah Ramadan benor-benor udah menyerap masuk ke jiwa mereka dan juga kami sekeluarga…amin.

 

Related Post

Leave a Reply