• Tue. Jan 19th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Puasa enam

Byadmin

Sep 8, 2011

Barang siapa berpuasa Ramadhan dan meneruskannya dengan puasa enam hari di bulan Syawwal,
berarti dia telah berpuasa satu tahun. (HR. Imam Muslim dan Abu Dawud)

Alhamdulillah, syukur dan terima kasih kepada Allah, kerana telah memberikan kita kesekian kalinya peluang dan ruang demi mencicipi aidilfitri kali ini. Saya pasti, kemeriahan beraya di desa pasti masih berbekas di jiwa, mengisi relung-relung memori dan andai kita bisa memutar kembali arloji, pasti kita ingin melakuinya sekali lagi.

Nah! Hari raya sudah masuk hari yang ke-9, sudahkah kita memulai puasa enam pula? Janganlah kita bertangguh-tangguh, buruk padahnya. Teringat saya, seorang kenalan pernah menyimpan enam hari terakhir pada bulan Syawal untuk melakukan puasa enam. Kononnya, nanti 1 Zulkaedah, dia akan beraya sekali lagi.

Rupa-rupanya, masuk hari keempat dia ditimpa demam. Musibah yang menghalang dirinya daripada berpuasa enam, maka dapatlah dia berpuasa tiga sahaja…alakullihal, agak-agak dapat tak puasa tiga itu menggapai pahala seperti berpuasa sepanjang tahun? Anda jawablah sendiri.

Puasa enam akan sering mengundang persoalan, iaitu bagaimanakah perlaksanaannya? Adakah boleh dilakukan puasa enam yang sunat, jika masih ada yang qada? Atau bolehkah puasa qada’ disekalikan? Atau bagaimana?

Ulama fikah telah membahaskan isu ini. Bahkan jika dirujuk kepada amalan isteri nabi, iaitu Saiyidatina Aishah r.a, ada beberapa amalan yang boleh dijadikan pertunjuk. Namun, demi memudahkan kita, suka saya paparkan tiga pendapat fuqaha di sini:

1. Ganti atau qada’ dahulu puasa wajib dan lepas habis yang wajib, baru puasa enam.

2. Puasa yang sunat dahulu, kemudian baharu buat ganti atau qada’.

3. Boleh sekalikan, yakni buat yang qada’ dan dapat yang sunat.

Ketiga-tiga pandangan di atas ada hujah dan dalilnya, namun saya tidak akan paparkan di sini melain para pembaca bolehlah mencarinya sendiri. Wallahua’lam.

Related Post

Leave a Reply