• Mon. Jan 25th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Pulanglah ke kampung halaman

Byadmin

Aug 28, 2011

Alhamdulillah, kesesakan jalan raya dari Ampang ke KL tidak mengganggu proses perjalanan saya untuk segera pulang ke kampung pada Jumaat, 26 Ogos 2011. Saya telah menetapkan, kami harus keluar dari Kepong lebih awal, cadangannya jam 5 ptg; kerana kami sekeluarga mahu berbuka puasa di RnR Tapah. Inilah pengalaman berbuka puasa yang unik yang kami nantikan saban tahun.

Namun, apakan daya. Kesesakan melanda, dan saya redha apabila menjelang jam 7.00 malam baharu tiba di rumah. Kami tidak dapat berbuka di RnR Tapah, melainkan terpaksa berpuas hati berbuka di dalam kererta dengan roti sahaja.

Hari raya ini, ia adalah medan untuk kita saling memuhasabah diri, adakah kita sudah benar-benar mendapat status takwa sebagaimana yang ditawarkan Allah kepada setiap insan yang berpuasa. Apatah lagi, raya pada kali ini berbetulan dengan tarikh kemerdekaan negara. Apa yang kita bimbang, bukan kita yang merdeka; tetapi iblis dan syaitan yang merdeka!

Ingin sekali saya nyatakan, puasa sepatutnya telah berjaya menanamkan 3 sifat berikut kepada kita:

1. Amanah

Allah beri kita sifat amanah, justeru kita tidak pernah sesekali cuba menipu, mengelat dan berbohong dalam bab puasa. Boleh sahaja kita menipu, masuk bilik ayor kata nak buang ayor tetapi nogok ayor; tapi kita tak buat, pasai ape, sebab jaga amanah…andai kita pertahankan sifat ini dalam seluruh aspek kehidupan, maka itulah ciri-ciri takwa dan ciri-ciri orang yang merdeka!

2. Sabar

Kita boleh menahan diri daripada makan, minum dan semua elemen yang membatalkan puasa. Bahkan, ada orang sampai mengelakkan segala anasir yang boleh mengurangkan pahala berpuasa, misalnya menonton apa-apa yang lagha, mengelakkan mengelewor di bazaar  ramadan tanpa ketahuan punca atau bercakap yang bukan-bukan tanpa batasan. Sabarnya orang berpose, hingga deme tak kesah ke rokok, sanggup bersahur lewat, qiyam dan sebagainya…maka andai sifat sabor ini deme panjangkan ke bulan-bulan yang lain, alangkah baguihnya…inilah ciri-ciri takwa dan merdeka!

3. Prihatin

Dalam kehidupan biasa, kita mungkin melihat orang-orang susah; namun kita tak pun merasa susah. Perit dan jerihnya bertoho orang yang lapor, idak pun kite rase. Maka, dalam bulan Ramadan inilah kita pun merasa sedikit daripada kelaparan itu, selama 12 jam kita menahan lapor dan dahaga. Makanya, kita jadi lebih insaf, lebih cakna dan lebih prihatin terhadap keperitan orang lain. Maka, kita diwajibkan menuntasinya dengan amalan sadaqah, sunat dan wajib. Sadaqah sunat amat banyak, menaja orang berbuka atau moreh; tapi lebih utama lagi menunaikan zakat, yakni zakat fitrah dan zakat harta. Andai sifat prihatin ini dilestarikan sampai bila-bila, itulah ciri-ciri ketakwaan dan mengertikan lagi sebuah sambutan kemerdekaan, iye tak kome?

Okaylah, teman udah di kampung. Sanak sedare udah ghamei yang pulang. Tingge nak nunggu raya je nih…

Selamat menyambut Aidilfitri, Maaf zahir dan batin daripada saya untuk para pengunjung blog teman ni, juga para pembaca buku saya di luar sana…

Related Post

Leave a Reply