• Sun. Apr 11th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Qada’ Zakat

Byadmin

Feb 22, 2010

Pengertian

Qada’ dalam konteks ibadah ialah, setiap amalan fardu (seperti puasa, solat dan zakat) yang ditinggalkan wajib diqada’ sama ada disebabkan lupa, sengaja meninggalkannya, atau orang murtad yang kembali semula kepada Islam setelah murtad.

Dari segi istilah fuqaha, qada’ ialah sesuatu (ibadah) yang dilakukan selepas berlalu waktu tunainya untuk mendapatkan sebagaimana yang sebelumnya dengan melakukannya secara qada’ atau mengerjakan semula ibadat-ibadat yang tidak sah, atau yang tertinggal atau senghaja ditinggalkan pada waktu-waktu yang lain

Hukum qada’ bagi zakat ini boleh dikiaskan kepada hukum qada’ solat, sebagaimana diriwayatakan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solatnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solat yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:”Dirikanlah solat untuk mengingati Aku”, (Hadis riwayat Muslim)

Oleh itu, qada zakat bermaksud, menunaikan zakat-zakat yang wajib ditunaikan pada masa yang telah lalu; namun gagal ditunaikan oleh kerana kelupaan, kesengajaan meninggalkanya atau atas apa-apa alasan lain sehingga luput waktunya, yakni beralih haul (tahun) dan ia wajib ditunaikan segera pada masa ini.

Hukum

Mengqada’kan zakat adalah wajib dan berdosa jika sengaja diabaikan. Ini kerana, mereka yang sudah mencukupi semua syarat wajib zakat; tetapi dengan sengaja menangguhkan zakatnya adalah dianggap ceroboh. Hal ini dijelaskan oleh Imam Hambali dan Imam Syafie: “ketika penunaian zakat itu dapat dilakukan dengan segera, maka orang yang mengakhirkan penunaiannya dianggap ceroboh (kepada kewajipan berzakat), sehingga dia mesti bertanggung jawab terhadap pencerobohan yang dilakukan.” (Rujuk Al-Mughni, Jilid 2, halaman 686 dan Al-Majmu’, Jilid 5, halaman 302)

Berdasarkan fatwa, Negeri Selangor menerusi Fatwa Hukum Mengagihkan Zakat Secara Persendirian Dan Qada’ Zakat ada menyatakan:

“Mengenai hukum qada’  zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang telah memenuhi syarat wajib tetapi tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya,” (Rujukan Pewartaan:  Sel. P.U. 22. bertarikh 7 Jun 2007)

Hikmah Menunaikan Qada’ Zakat

1. Menunaikan qada’ zakat dapat membersihkan harta yang masih bercampur-baur dengan harta zakat dan ini dapat menyuburkan harta.
2. Dengan menunaikan qada’ zakat, maka hati akan menjadi tenang dan tenteram kerana hak yang menjadi milik orang lain sudah dikeluarkan daripada simpanan kita
3. Tidak membebankan waris yang ditinggalkan apabila berlaku kematian, memandangan harta yang belum dizakatkan menjadi satu kewajipan pula kepada waris untuk ditunaikan
4. Mengelakkan waris memakan harta yang haram, iaitu apabila waris gagal mengenalpasti harta yang belum dizakatkan dan mereka membahagikannya pula sebagai pusaka.
5. Menjadi jaminan mendapat pahala dan habuan syurga daripada Allah SWT serta menjauhkan diri daripada dosa kerana kelalaian diri sendiri di dunia.

Bagaimana Menunaikan

Qada’ zakat adalah berdasarkan kepada nisab pada haul yang terdahulu. Jadi, berkunjunglah ke mana-mana cawangan kaunter zakat LZS (MAIS) bagi memudahkan anda menunaikan qada’ zakat tersebut.

Contoh: Menunaikan qada’ zakat pada tahun 2000, 2001, 2002 dan 2003

 

Bil

Jenis Zakat

2000

2001

2002

2003

Jumlah

1

Zakat Simpanan

RM6,000.00

RM8,000.00

RM7,500.00

RM6,500.00

RM28,000.00

2

Zakat Emas

RM5,500.00

RM6,000.00

RM6,500.00

RM6,000.00

RM24,000.00

3

Zakat KWSP

RM3,5000.00

RM35,000.00

 

RM87,000.00

 

 

Daripada jumlah RM87000.00 didarab dengan 2.5% = zakat ialah RM2,175.00

 

Nota:
1. Kiraan berandaikan jumlah nisab bagi tahun 2000 – 2003 adalah dalam julat RM3,500.00 – RM6,000.00.
2. Bagi zakat pendapatan, maka pengiraan akan mengambil kira jumlah tanggungan individyu sebelum kiraan zakat pada tahun-tahun berkenaan.

Related Post

Leave a Reply