• Sun. Jan 24th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Ragam anak bersahur :)

Byadmin

Aug 28, 2009

abang-long-sahur“Along, ayang…banguunnn!” Saya mengejutkan dua anak teruna. Memang saya kena kejutkan, jika umi atau pembantu rumah yang kejut, mereka liat sedikit nak bangun. Mungkin aura seorang bapa menyebabkan mereka ‘kena bangun’ atau jika tidak ‘akan dibangunkan!’

Di meja makan, mata masih memberat. Kasihan juga saya melihatnya. Isteri sudah membuat persiapan apa yang patut. Susu segar dan cornflakes sudah tersedia. Jika mereka enggan menjamah nasi, bagi sahaja apa yang ada. Cookies dan roti turut dibeli. Aduhai, bukan senang nak mengasuh anak berpuasa. Zaman ‘kita’ kecil dahulu, makan sahaja apa yang tersedia. Cuma saya masih teringat semasa tinggal bersama opah, setiap kali bersahur opah akan gorengkan telur mata kerbau untuk memancing selera saya. Begitulah opah yang saya cintai begitu baik melayan karenah saya, cucunya.

Kadang-kadang anak saya meragam juga. Jenuh uminya bertanya.

“Abang Yang nak makan apa?” – diam

“Nak coco crunch makan dengan susu?” – geleng kepalaabang-yang-sahur

“Nak makan roti bakar dengan mentega?” – geleng kepala

“Nak makan biskut ke?” – geleng kepala

Lalu saya pula ambil alih bertanya… “Habis tu tak nak makan apa-apa ke?” – geleng kepala

“Okay…pegi depan, jangan duk kat sini!” Senang sahaja bagi saya, bukan apa…feel si Abang Yang ni, jika makin ditanya maka silap hari bulan dia mula nak marah. Sebelum dia naik marah, baik saya yang eksyen marah dia dulu…yakinlah, lepas tu dia akan cool dan bila kita ajak, dia akan makan sahur punya.

Anak gadis comel ketiga saya, Si Huda yang berumur enam tahun pun kena makan sahur juga. Tapi, saya paling kasihan kepada Huda, bila makan, alahai…sedikit bebeno. Bayangkan, semangkuk cornflakes + honeystar dan susu pun tak habis. Menggeleng kepala emak saya bila melihat cucunya yang comel ini bersahur. Hai…boleh bertahan ke hingga ke petang? Hari pertama, puasanya bertahan sehingga jam 12 sahaja.

hanim-sahurTapi, abang-abangnya ada kaedah tersendiri mengawal adik mereka. Pada hari keempat berpuasa, si Abang Long telah menggunakan ‘veto power’nya menghalang si Huda dari masuk ke dapur…ha! Baru ada akai. Maka, nak tak nak terpaksalah si Huda bertahan sehingga ke petang. Kata isteri saya, jam tiga baharu si Along ‘release’ adiknya ke dapur dan baharulah dia berbuka.

Setakat ini anak saya yang keempat, si Husna masih tak pernah bersahur. Dia tidur lena hingga ke pagi. Tapi, anak bongsu kami si Hanim, terpaksa uminya bawa ke meja sebab bangun awal sangat. Apa lagi, dia pun sahur bersama-samalah. Lucu melihat wajahnya kala makan, mengantuk tapi masih nak makan juga… 😉

Related Post

Leave a Reply