• Sat. Jan 16th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Saya ke Kemboja

Byadmin

Jul 9, 2010

Saya sedang menikmati makan tengah hari sambil menemani Azlan Karim (kawan sekerja saya) di LCCT. Sebentar lagi kami akan terbang ke Phnom Penh, Kemboja dengan Airasia.

Saya mahu rehatkan minda sepuas-puasnya. Jenuh sebenarnya melayan pelbagai kehendak manusia. Bertugas sebagai PRO, bukan sekadar memenuhi kehendak rakan-rakan media, tetapi juga rakan-rakan sekerja dan bos-bos sendiri. Yah, hopefully this trip will ease me, amin.

Saya masih tidak dapat menggambarkan keadaan di Kemboja. Cuma, kawan-kawan menggambarkan Kemboja ini seakan-akan Malaysia pada era 1970-an. Saya hanya membawa sedikit sahaja dollar US, kerana di Kemboja harga barangannya sangat murah…kata kawan-kawanlah. 

Namun, saya banyak membawa baju untuk disedekahkan kepada orang-orang miskin di sana. Penuhlah beg besar saya dengan pakaian, dari kanak-kanak hingga dewasa.

Tak sabar rasanya untuk tiba di sana. Kami dijadualkan menginap di Hotel Puncak. Dengar nama hotel, macam hotel kat Malaysia…tunggulah, jika diizinkan Allah SWT, saya akan selalu mengup-date blog saya dari sana nanti…

LCCT, 1.41 pm

Related Post

Leave a Reply