• Mon. Jan 25th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Second day in Phonm Penh

Byadmin

Jul 11, 2010

img_315510 Julai 2010 – awal pagi lagi kami sudah bersedia untuk sebuah perjalanan yang jauh. Sarapan pagi hari ini ialah nasi lemak. Azlan Karim kawan saya bising-bising, katanya, ingatkan datang ke Kemboja maka makanannya masakan Kemboja. Alih-alih masakan ala Malaysia juga. Tetapi, beras Kemboja lain sedikit rasanya, ia pendek-pendek tetapi lebih enak dan harum serta liat rasanya. Kata Azlan lagi, jika beras Kemboja masuk ke Malaysia, tak lakulah beras Kedah. Banyak betul akal dia.

Pagi ini destinasi pertama kami ialah ke Pejabat Mufti Kemboja. Ia terletak di luar bandar Phnom Penh dan di sinilah baharu kami berjumpa dengan masjid dan orang Islam. Tipikalnya, kaum wanita muslim di sini masih berkerudung dan kerudung mereka agak moden berbanding kaum wanita asal Kemboja. Kami disambut Mufti Kemboja Okhna Tn Hj Kamarudin Yusof yang gambarnya selalu terpampang di dalam iklan di Malaysia, alah…iklan menyeru kita mengerjakan korban dan akikah di Kemboja tulah…

Ketika majilis berlangsung, saya mengambil kesempatan berbual-bual denganimg_3181 kakitangan pejabat agama Islam Kemboja. Namanya Yusuf, yang akhirnya baharu saya tahu bahawa beliau adalah anak kepada Mufti Kemboja.

Menurut Yusof, di seluruh Kemboja ini ada 458 buah masjid yang menyamai 458 buah perkampungan orang Islam dan semuanya hanya tertumpu kepada sebuah sahaja pejabat agama Islam, iaitu yang kami sedang ziarahi itulah.

img_3188Menurut Yusof, Mufti Kemboja itulah yang berusaha memastikan Islam mendapat tempat di kaca mata pemerintah Kemboja. Segala pendapatan sumbernya dicari dan dibiayai oleh mufti, ia termasuklah gaji kakitangan dan juga kos menghantar anak-anak didik mereka belajar ke luar negara, termasuklah di Mesir. Yusof sendiri sebelum ini belajar di Kelantan. Mereka yang tamat belajar, akan diambil menjadi guru di sekolah kelolaan Majlis Agama Islam Kemboja. Masalahnya, kini makin ramai mereka yang lulus dan pulang ke Kemboja dan mufti serta kakitangan pejabat agama makin sukar memikirkan peluang pekerjaan untuk mereka.

Yusof juga menceritakan kepada saya bahawa mufti Kemboja juga berusahaimg_3207 mengambil alih Pusat Islam Kemboja yang dahulunya diuruskan oleh Ummul Qura’, Arab Saudi. Ini kerana, pihak US telah menuduh pusat Islam berkenaan dibiayai oleh al-Qaeda, maka akhirnya ia ditutup. Ramai pihak di Kemboja berminat mahu mengambil alih institusi itu, mujurlah mufti berjaya mendapatkan hak mengambil alihnya. Kini ia menampung 500 orang pelajar di Kemboja.

Foto: Timbunan jerami padi yang unik di sini

Saya cuba bertanya mengenai peranan zakat di sini, malangnya kata Yusof, majoriti orang Islam Kemboja adalah miskin. Zakat yang dapat dipungut hanyalah zakat fitrah. Zakat fitrah itu pula sekadar mampu menampung gaji kakitangan di pejabat agama dalam sebulan ke tiga bulan sahaja.

img_3226Habis di pejabat mufti, destinasi kami selanjutnya ialah Kampung Cham. Pada fikiran saya, ia adalah sebuah kampung yang kecil, macam kampung-kampung kita di Malaysia. Sebenarnya Kampung Cham adalah sebuah daerah atau wilayah yang besar. Di sinilah baharu kita akan dapat merasai suasana sebuah perkampungan Islam tradisi Cham yang sebenar. Realitinya, mereka diulit kemiskinan dan kurang produktif.

Foto: Kami turut melintasi Sungai Tonle Sap untuk ke Kampung Cham

Kami dijamu terlebih dahulu di sebuah rumah yang merupakan cawangan Yayasanimg_3266 Islam Kemboja. Kami dijamu air kelapa muda, sejuk nyaman rasanya. Kemudian dihidangkan nasi panas, ikan bakar sama air asam spesial mereka dan juga ulam-ulaman. Kacang panjang dimasak seakan rendang; tapi rasanya tidaklah seperti rendang. Kami makan dengan lahap kerana lapar…ikan bakarnya pun sedap walau air asamnya jernih sahaja jika nak dibandingkan dengan air asam buatan emak saya di Lenggong, Perak.

img_3312Seusai makan, kami dibawa mengerjakan solat jamak dan qasar di masjid berdekatan. Masjid itu masih belum siap sepenuhnya dan menurut ‘Hakim’ atau ketua kampung mereka, USD30 ribu masih diperlukan bagi menyiapkan pembinaan masjid tersebut. Di sini, airnya berpunca daripada bawah tanah. Keadaan persekitaran masjid ini pula, agak berdebu dengan tanah merah. Pohonan kelapa tumbuh di sekitar masjid dan kampung mereka.

Rombongan kami kemudiannya menyampaikan bantuan berupa berasa, pakaianimg_3375 dan juga wang kepada pihak masjid dan penduduk kampung. Beberapa orang sahabat telah terlebih dahulu membeli gula-gula untuk diagihkan kepada anak-anak di sini. Bukan main meriah mereka menikmatinya. Seorang rakan saya turut berkongsi duit sebanyak USD15 membeli semua ais kerim yang kebetulan lalu di situ kepada anak-anak kampung.

Sebenarnya, perjalanan dari Phnom Penh ke Kampung Cham ialah sejauh 120 KM sahaja; namun kondisi jalinan jalan rayanya tidaklah sebaik di negara kita sehingga memakan masa pergi dan balik selama enam jam! Kami semua amat keletihan dibuatnya. Kendatipun pemandangan indah tersaji di kebanyakan sepanjang perjalanan – dengan hamparan sawah padi yang saujana mata memandang, reka bentuk rumah yang unik – bertiang tinggi dan berbumbung khas Kemboja – juga deretan pintu gerbang berukiran khas pengaruh Budha; tetapi dek kerana terlalu lama diulit bas, kami semuanya keletihan. Sepanjang perjalanan, saya banyak mengambil gambar dengan Canon EOS saya…tak rugi membelinya!

Kami selamat tiba ke hotel kira-kira pukul 7 waktu Kemboja…makanan sudah tersedia dan kami makan malam seadanya. Mata sudah kuyu, kami berehat secukupnya malam ini kerana esok hari, kami akan ke destinasi lain yang pastinya akan memerlukan lebihh banyak tenaga!

Related Post

Leave a Reply