• Sun. Apr 11th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Sekilas Buku ‘Zakat Terapi Kekayaan’

Byadmin

Aug 14, 2011

Soalan: Kenapa pilih tajuk ini?
Jawapan: Kerana saya yakin, setiap orang inginkan kekayaan. Tapi, kaya bagaimanakah yang dikasihi Tuhan? Buku ini menyajikan sedikit panduan.

Soalan: Apa beza buku ini dengan buku-buku zakat lain di pasaran?
Jawapan: Berbeza justeru ia memfokuskan kepada pelbagai persoalan yang sering dilontarkan oleh massa. Ia menyediakan jawapan yang praktikal dengan keperluan, tidak teoritis dan berbaur akademik keterlaluan.

Soalan: Keunikan naskhah ini?
Jawapan: Jelasnya, ia adalah hasil tangan seorang pengamal zakat secara langsung, yang turun ke lapangan dan berhadapan sendiri dengan ummah. Ia realistik.

Soalan: Dalam banyak-banyak bab, bab apakah paling berkesan?
Jawapan: Saya fikir, bab persoalan zakat…kerana, ia menyentuh secara khusus 1001 persoalan zakat dalam kehidupan.

Soalan: Jika diberikan kesempatan, apakah ada buku susulan?
Jawapan: Ya, sudah pasti insya-Allah. Saya akan memfokuskan kepelbagaian aspek lain dalam dunia zakat. Saya yakin, masyarakat sentiasa menantikan paparan sebenar isu zakat daripada perspektif pengamal zakat.

Wallahua’lam.

Related Post

Leave a Reply