• Sun. Jan 24th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Sembang-sembang dengan abang ipar

Byadmin

May 24, 2010

dr-hassan-ali-049Semalam, majlis akad nikah Muzammil dan Hidayah di Temerloh, Pahang. Abang ipar saya berpulang dari Sarawak. Malamnya langsung singgah ke rumah saya di KL.

“Wah! Ke Indonesia tak bagi tau…” Abang ipar saya, Jiwa Rasa mengomel seru…dia memancing, jika saya menyahut, bisa jadi perbualan.

(Gambor sebelah…abang ipor teman yang malu-malu tu le…)

“Di Indonesia, seronok. Paling menarik, bukunya banyakkk!” Abang ipar saya memang penggemar buku. Kekadang, untuk mencari buku maka saya merujuk kepada buku apa yang beliau baca. Dahulu, beliau rajin menuliskan buku-buku yang dibacanya di dalam blog Jiwa Rasa. Bahkan beliau sering diundang memenuhi forum anjuran beberapa badan NGO dan DBP – selalunya berkisar buku dan blog. Kini, blognya masih ada; cuma kurang aktif sahaja.

“Mizul beli Bumi Cinta untuk abang!’ Saya mengumam. Menanti respons beliau. Bumi Cinta adalah novel terbaharu Habiburrahman el-Shirazy, penulis novel Ayat-ayat Cinta yang ngetop itulah…

“Iya!!! Dahulu, abang dah pegang buku tu masa di Pontianak…” Oh ya…abang ipar saya ini kini bertugas di Kuching Specialist Hospital. Selalu beliau ke Indonesia atau ke sempadannya mencari barangan yang harganya memang jauh lebih murah.

“Pegang-pegang…letak…terima kasih belikan untuk abang!”

“Mizul juga beli novel Kisah Lima Menara, karya anak lulusan Pondok Gontor. Ia masuk dalam TV Indonesia, slot Kick Andy…” Langsung kami masuk pembicaraan mengenai senario media dan keterbukaannya di sana.

“Abang yakin, Indonesia akan lebih maju dan terkehadapan berbanding Malaysia nanti. Lihatlah, mereka sudah pun mendahului kita dalam bab kebebasan mengeluarkan idea, bersuara dan berkarya!”

Langsung saya teringat, tahun lalu saat saya ke Jakarta, seluruh Indonesia demam dalam pemilihan presiden dan wakilnya. Saya bahkan sempat mengikuti siaran di telvisinya, saat tokoh-tokoh utama parti yang dicalonkan sebagai presiden dan timbalannya diundang berdebat dan berdiskusi. Salah satunya ialah dalam rancangan Kick Andy, yang disiarkan lewat Trans TV jika saya tidak salah.

“Mizul jadi teringin untuk tinggal di sana. Teringin kerana kebebasan yang ada di sana…” Kami pun terus berbual, di halaman rumah saya yang kini berbumbung dan berkipas siling yang mendinginkan, sambil ditemani anak-anak yang ralit bermain basikal roda tiga mereka…

 

Related Post

Leave a Reply