• Fri. Jan 22nd, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Seminar ‘Epistemologi Tauhid: Ekonomi Zakat dan Wakaf’

Byadmin

Jan 7, 2010

Selama dua hari, semalam dan hari ini (6-7 Jan 2010) para sarjana Islam khususnya ahli-ahli ekonomi dari serata episdunia berkampung di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Saya turut hadir sebagai peserta. Program ini dirasmikan oleh Mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan dianjurkan oleh Institut Islam Hadhari, UKM dengan kerjasama Jawhar, Jakim dan ILIM. LZS (MAIS), PPZ KL dan beberapa pihak lain menjadi penyumbang dananya. Menariknya, hampir keseluruhan seminar ini dikendalikan di dalam Bahasa Inggeris. Saya rasa bertuah, kerana dapat bertemu dengan ramai sarjana dunia yang mungkin selama ini hanya didengari namanya sahaja.

Umumnya, saya melihat seminar tahunan ini telah berjaya bertindak sebagai pencetus kesedaran mengenai isu-isu zakat dan wakaf di serata dunia Islam. Para pembentang yang mewakili pelbagai negara – Afrika Selatan, India, Bangladesh, Brunei, Malaysia, Indonesia, Iran dan termasuklah Amerika Syarikat – telah berjaya membawa suatu perspektif sebenar bahawa zakat dan wakaf adalah senjata umat Islam yang sepatutnya digembeleng kembali sebagai instrumen berkesan membela nasib ummah. (Foto: Majlis perasmian)

Saya juga teruja berikutan pelbagai informasi baharu yang dibentangkan, yang bagi saya bersifat merentasi sempadan sosio-geo-politik dan semuanya dikumpulkan di bawah satu bumbung. Bukan senang bagi saya, untuk mendapat pelbagai maklumat mengenai perkembangan wakaf dan zakat di luar negara. Selaku pegawai zakat yang memang kerjanya perlu mencari bahan-bahan baharu mengenai zakat, keadaan ini amat memberi manfaat buat saya. Terima kasih harus saya kreditkan kepada Bro Amin Ibrahim, justeru beliau sudi mengajak saya mengikuti seminar ini.

Related Post

Leave a Reply