• Mon. Jan 25th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Soalan ZAKAT…

Byadmin

Apr 1, 2010

Soalan ini ditanya oleh Lina di dalam Shout Box di sebelah: Adakah Rasulullah SAW sendiri tergolong dalam pembayaran zakat? Mungkin ada nas-nas daripada al-Quran dan al-hadis yang boleh Ustaz kongsikan bersama? terima kasih

Jawapan: Lina, apakah maknanya ‘tergolong dalam pembayaran zakat?” Jika maksudnya adakah nabi juga wajib membayar zakat, maka jawapannya memang ya. Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga baginda adalah wajib menunaikan zakat.

Walau bagaimanapun, dalam hal ‘penerimaan zakat’, maka Nabi Muhammad SAW tidak boleh menerima harta zakat. Bahkan begitu juga seluruh ahli keluarga baginda adalah ditegah daripada memakan harta zakat.

Di dalam bab ini, dalilnya adalah jelas. Allah SWT menyebutkan di dalam al-Quran mengenai kewajipan zakat, maka sudah pastilah manusia pertama yang wajib melaksanakannya ialah Rasulullah SAW sendiri. Maknanya, apa sahaja dalil berkaitan zakat di dalam al-Quran, ia adalah untuk seluruh umat Islam dan termasuklah Rasulullah SAW.

Di dalam al-Quran, ada banyak tempat mengenai ayat zakat. Misalnya dalam at-Taubah ayat 18 dan lain-lain lagi. Begitu jugalah dalam al-hadis, nabi sendiri menunaikan zakat dan amalan itulah yang diikuti oleh para sahabat sehingga ke hari ini. Sebab itulah, nabi semasa wafatnya tiada berharta kerana nabi begitu pemurah. Semua hartanya disedekah dan dizakatkan. Wallahua’lam.

Related Post

Leave a Reply